1.0 PENDAHULUAN.
Perancangan
dalam konteks perancangan bandar boleh diertikan sebagai persembahan fizikal
tentang sesuatu seperti peta lukisan dan lain-lain. Selain daripada itu ianya
juga boleh dimaksudkan kaedah untuk melakukan sesuatu ataupun penyusunan yang
teratur untuk mencapai sesuatu objktif. Perancangan bandar adalah merupakan
proses menyusun atur sesuatu kawasan berdasarkan kepada rancangan Pemajuan yang
disediakan di sampig kawalan ke atas proses pembangunan. Di sektor awam pihak
yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses perancangan ini adalah Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar
dan desa Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar Kerajaan Tempatan Berkenaan. Di
Malaysia, sistem kerajaan yang di amalkan adalah merupakan sistem federalisme
di mana ianya mengandungi tiga peringkat. Peringkat peringkat tersebut
masing-masing memainkan peranan penting dalam pentadbiraan kerajaan di
Malaysia. Peringkat- peringkat tersebut ialah peringkat Kerajaan Persekutuan,
Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
adalah ditubuhkan melalui proses pilihanraya umum. Kerajaan Tempatan selepas
Perang Dunia Kedua juga ditubuhkan secara demokratik tetapi oleh kerana
kekecohan yang berlaku pada tahun 1960an, Kerajaan Persekutuan telah mansuhkan
sistem pilihanraya untuk Kerajaan Tempatan. Kini Kerajaan Tempatan ditubuhkan
melalui perlantikan Yang DiPertua dan Ahli-Ahli Majlis oleh Kerajaan Negeri
mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Setiap peringkat kerajaan
mempunyai tanggungjawab dan bidangkuasa masing- masing. Kerajaan Persekutuan
misalnya bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkenaan dengan keselamatan
negara, dasar luar negeri, cukai pendapatan, Sistem Pentadbiran Perancangan
Bandar, pendidikan dan lain-lain lagi. Tiga tanggungjawab utama Kerajaan Negeri
pula ialah perkara-perkara berkenaan dengan tanah, ugama dan kerajaan tempatan.
Kesemua tanggungjawab ini adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia di bawah Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
Sebelum Akta Perancang Bandar dan Desa (PBD) 1976, kuasa dan perhubungan antara
pihak berkuasa-pihak berkuasa berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah
tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang semasa. Khususnya perhubungan
di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan pihak berkuasa-pihak berkuasa
tempatan begitu rumit sekali pada awal tahun 1960an terutamanya di
kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan yang diperintah oleh parti politik yang
berlainan daripada parti politik yang menubuhkan kerajaan negeri. Bahagian II
(Dasar dan Pentadbiran) Akta PBD 1976 membetulkan kekurangan ini dengan
menetapkan tugas dan kuasa setiap pihak berkuasa yang ada urusan terhadap hal
ehwal tanah. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
2.0 SISTEM
PENTADBIRAN PERANCANGAN BANDAR
Majlis Negara Kerajaan Tempatan Peringkat
Kerajaan Persekutuan Rancangan fizikal Negara - Kementerian Perumahan Dan
Kerajaan Tempatan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia.
Peringkat Kerajaan Negeri Jawatankuasa Perancang Negeri Rancangan Struktur -
Negeri. Rancangan Tempatan - Daerah Jabatan Perancangan Bandar dan Rancangan
Kawasan - Desa Negeri Khas Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat Kerajaan Tempatan
Rajah 1.1 : Carta aliran Sistem Perancangan Bandar Sistem Pentadbiran
Perancangan Bandar
2.1
Peringkat Kerajaan Persekutuan.
Dalam sistem perancangan pada peringkat
Persekutuan ianya melibatkan aspek penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan,
penyelarasan dan penilaian. Segala penerangan berkenaan sistem perancangan pada
peringkat ini, ianya akan menjelaskan proses yang terlibat pada setiap
peringkat. Proses ini juga akan menerangkan tentang perincian aktiviti-aktiviti
pada setiap peringkat dan disamping mengenalpasti agensi- agensi yang berkaitan
bagi setiap peringkat.
2.1.1
Penggubalan Dasar
Sesuatu
dasar awam akan digubal oleh kerajaan di mana ianya bertujuan untuk menyatakan
tujuan dan matlamatnya mengenai sesuatu perkara. Dengan tergubalnya sesuatu
dasar maka usaha-usaha perancangan untuk mencapai matlamatnya bolehlah
diadakan. Pembentukan dasar-dasar awam negara adalah dilakukan oleh Kabinet.
Lantaran daripada itu, salah satu daripada peranan yang penting dimainkan oleh
pegawai-pegawai tinggi awam seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua
Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan iaitu untuk memberi nasihat dan membatu
Kabinet menggubal dasar-dasar tersebut. Sesuatu dasar awam negara dapat
dibentuk melalui salah satu daripada tiga proses. Pertamanya adalah melalui proses
dan saluran politik sama ada berikutan daripada arahan Kabinet atau anggota
parti berkenaan. Kedua melalui proses pentadbiran terutamanya diperingkat
kementerian dan ketiga melalui proses yang melibatkan kedua-dua saluran iaitu
politik dan pentadbiran dengan berdasarkan interaksi secara bersepadu melalui
Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan. Dasar tersebut
akan dibincang dalam mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Sistem Pentadbiran
Perancangan Bandar. Sesuatu dasar yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan
negeri akan dibincangkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Khas atau Jawatankuasa
Perhubungan Persekutuan dan Negeri atau mesyuarat yang melibatkan menteri-
menteri besar atau ketua-ketua menteri atau mesyuarat di kalangan Setiausaha
Kerajaan Negeri. Biasanya dasar-dasar penting dikemukan sehingga ke peringkat
Majlis Raja-raja untuk mendapatkan pertimbangannya. Selain itu, dasar-dasar
kebangsaan mengenai tanah, kewangan, kerajaan tempatan dan agama akan
dibincangkan oleh majlis-majlis berkenaan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan
Persekutuan. Majlis-majlis tersebut akan dianggotai oleh wakil-wakil dari
kerajaan persekutuan dan negeri. Majlis tersebut termasuklah Majlis Negara
Kerajaan Tempatan. a) Majlis Negara Kerajaan Tempatan Menurut Phang Siew Nooi
(1989) Majlis Negara Kerajaan Tempatan memainkan peranan sebagai penasihat dan
akan membolehkan pertukaran fikiran antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan
negeri. Dasar yang dikeluarkan oleh Majlis Negara ini dianggap perlu kepada
wakil-wakilnya. Dasar yang telah dipersetujui dan dikeluarkan mestilah diikuti
dan digunapakai. Hanya Sabah dan Sarawak, mengikut Artikel 95E Perlembagaan
Persekutuan tidak perlu mematuhi dasar Majlis Negara Kerajaan Tempatan itu
sekiranya tidak mahu. Pada tahun 1960, telahpun berlaku dua perkara iaitu,
Pertama ialah kelulusan Parlimen terhadap Akta pilihanraya Kerajaan Tempatan
1960 yang memindahkan penyeliaan pilihanraya kerajaan tempatan dari kerajaan
negeri, (kecuali di Majlis-majlis Tempatan), kepada suruhanjaya Pilihanaraya.
Perkara kedua ialah kelulusan Akta Ibu Kota Persekutaan 1960 yang menjadikan
Kuala Lumpur sebagai ibu kota persekutuan. Sehingga tahun 1963, kegiatan
kerajaan tempatan telah didapati bukan hanya di bandar sahaja tetapi juga ianya
juga terdapat di luar bandar. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar .Berbagai-bagai penguasa tempatan
telah wujud di negara ini untuk memenuhi kehendak rakyat di merata-rata tempat.
Sehigga kini pentadbiran kerajaan tempatan telah menjadi satu tugas yang
kompleks kerana telah wujud struktur penguasa-penguasa tempatan yang
berbeza-beza di antara sesebuah kawasan. Pada 25 November 1971, kerajaan
persekutuan melalui Majlis Negara telah menetapkan supaya kerajaan tempatan
menyusun semula penguasa- penguasa tempatan di negara ini supaya mereka boleh
memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik dan mentadbir dengan cekap.
Dengan keputusan ini, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan Sementara)
1973 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1973, digubal serta diluluskan oleh
Parlimen pada 29 Ogos 1973. Akta-akta ini merupakan banyak erti dan kepentingan
kepada perkembangan kerajaan tempatan pada masa hadapan. b) Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian ini memainkan peranan utama dalam
beberapa perkara iaitu: Merancang dan melaksanakan dasar dan program
Kementerian • Perumahan dan Kerajaan Tempatan sesuai dengan matlamat dasar
pembangunan negara. Menyelaras penyediaan perumahan yang mencukupi kepada semua
• rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah Mewujudkan pihak berkuasa
tempatan yang kukuh dan mampu • menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat yang
maju dan persekitaran yang selesa dan indah Memberi perkhidmatan pencegahan dan
pengawalan kebakaran yang • cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta
benda Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar. Memperkukuhkan dan melaksanakan
sistem perancangan fizikal, sosial, • ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa
berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 Merancang, menyelaras,
melaksana dan mengawalselia pembangunan • landskap seluruh negara Merancang,
mengawalselia dan menguatkuasakan semua peraturan • yang berkaitan dengan
sektor pembetungan di negara ini mengikut Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993
(Akta 508) 2.1.2 Perancangan Perancangan sosioekonomi merupakan suatu usaha
untuk mengadakan cara bagi mencapai sesuatu matlamat yang terkandung di dalam
dasar-dasar awam dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap agensi
kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pembangunan masing-
masing bagi kedua-dua rancangan tahunan dan Rancangan Lima Tahun. Perancangan
yang dibuat oleh agensi-agensi yang terletak di abwah sesyatu kementerian pula
akan disatukan untuk menjadi satu perancangan bagi seluruhkementerian. Di
peringkat pentadbiran negeri, setiap agensi kerajaan negeri juga
bertanggungjawab menyediakan rancangan masing-masing. Rancangan-rancangan itu
akan diteliti dan diperiksa oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang
bertanggungjawab menyediakan perancangan negeri untuk diluluskan oleh
Jawatankuasa Perancangan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan
Undangan Negeri. Rancangan-rancangan tahunan dan lima tahun yang disediakan
oleh pihak kementerian dan negeri akan diteliti dan diperiksa oleh Bahagian
Perancang Ekonomi (BPE), Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang lain
untuk dijadikan satu rancangan pembangunan negara. Draf rancangan itu, akan
dibincang di peringkat peagawai dalam Majlis Perancangan dan Pembangunan Negara
(MPPN) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Sistem Pentadbiran
Perancangan Bandar sebelum dibawa ke Majlis Ekonomi Negara (MEN), Kabinet dan
seterusnya ke Parlimen. Di bawah aktiviti perancangan Jabatan Perancangan
Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia memainkan peranan penting dalam pelbagai
aspek perancangan yang berkesan. Bagi memastikan perancangan kegunaan,
pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, Jabatan Perancangan Bandar
dan Desa memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat iaitu
peringkat persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut : a) Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Peringkat Persekutuan. •
Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan
dengan penggunaan dan pembangunan tanah, • Bertindak sebagai urusetia kepada
Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar
Dan Desa 1976 (Akta 172); • Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif,
efektif dan efisyen melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan,
kajian perancangan, piawaian dan prosedur perancangan, • Menterjemahkan dasar
sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna
tanah dan dasar serta program penempatan, • Membantu kerajaan negeri, pihak
berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan
Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, •
Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang
berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. Sistem Pentadbiran Perancangan
Bandar
2.1.3
Pelaksanaan
Pada peringkat perlaksanaan ini setiap agensi
kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan rancangan pembangunan secara
automatik ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut. Pelaksaan rancangan
merupakan kegiatan untuk menjalankan kerja-kerja bagi menyiapkan program atau
projek tertentu. Banyak usaha perancangan tertumpu pada peingkat ibu pejabat
kementerian, jabatan dan perbadanan awam. Tumpuan kegiatan pelaksanaan pula
adalah di peringkat cawangan agensi di negeri, daerah, mukim dan kampung.
Sungguhpun demikian ibu pejabat jabatan dan perbadanan awam bertanggungjawab
bagi mengawasi segala kegiatan pelaksanaan yang dijalankan oleh cawangan masing-masing.
Sekiranya cawangan menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikannya
masalah-masalah tersebut akan dikemukakan kepada pihak ibu pejabat. Pada
peringkat perlaksanaan ini, antara rancangan pembangunan yang disediakan adalah
Rancangan Fizikal Negara. a) Rancangan Fizikal Negara Rancangan Fizikal Negara
(RFN) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar
strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi
seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh
Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005. Kelulusan ini bermakna,
Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan
dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung
Malaysia, dan seterusnya: Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar .Dasar-dasar Rancangan Fizikal
Negara perlu diselaraskan dengan dasar- • dasar sektoral lain yang berkaitan.
Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di • peringkat
Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan
semua negeri, dan Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan
panduan • oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan
projek Rancangan Malaysia Lima Tahun. Rancangan Fizikal Negara berfungsi dalam
mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi
negara, menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam
polisi sektoral, membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri
dan tempatan dan membentuk polisi perancangan fizikal. Selain daripada itu
antara tema Rancangan Fizikal Negara ialah : Pembentukan kerangka spatial
negara. • Peningkatan daya saing ekonomi negara. Pemodenan sektor pertanian. •
Pengukuhan pembangunan pelancongan. Pengurusan petempatan manusia. Pemuliharaan
sumber semulajadi dan alam sekitar. Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara.
Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian • Rancangan Fizikal Negara hendaklah
dikaji semula setiap lima tahun seiring dengan kajian semula Rancangan
Pembangunan Lima Tahun Negara, atau jika dan apabila diarahkan oleh Majlis
Perancang Fizikal Negara. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 10
2.1.4
Penyelarasan
Peringkat ini adalah merupakan peringkat yang
penting yang dapat menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu program yang
dilaksanakan oleh kerajaan. Penyelerasan adalah kegiatan yang bertujuan untuk
mengadakan perhubungan dan pertalian yang licin antara pelbagai agensi yang
terlibat di dalam pelaksanaan sesuatu program dan projek pembangunan.
Diperingkat negeri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi
Negeri dan pegawai utama negeri yang lain akan menjalankan penyelarasan ke atas
cawangan agensi-agensi persekutuan dengan mengadakan perhubungan dan kerjasama
yang rapat. 2.1.5 Penilaian Aspek ini adalah perlu untuk mengetahui kesan
pelaksaan sesuatu program atau projek pembangunan terhadap golongan masyarakat
yang menjadi sasaran. Semua kesan ini perlu diketahui untuk membolehkan pegawai
perancang mengadakan perancangan yang lebih baik untuk menjamin kejayaan yang
lebih besar bagi projek-projek kerajaan yang akan datang. Sistem Pentadbiran
Perancangan Bandar
2.2
Peringkat Kerajaan Negeri
Dalam sistem perancangan di peringkat negeri
ianya adalah serupa dengan sistem yang terdapat di peringkat persekutuan di
mana ianya melibatkan aspek penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan,
penyelarasan dan penilaian. Adalah menjadi kebiasaan bahawa pihak kerajaan
negeri mengambilkira dasar-dasar yang wujud di peringkat persekutuan sebelum
sesuatu dasar negeri dibentuk. Dalam konteks ini, Dasar Ekonomi Baru merupakan
asas yang penting yang menjadi panduan utama pembentukan dasar peringkat
negeri. Pembentukan dasar-dasar awam negeri dilakukan oleh Majlis Mesyuarat
Kerajaan Negeri yang para anggotanya terdiri daripada ahli-ahli Dewan Undangan
Negeri serta dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan kerajaan, iaitu
Setiausaha Kerajaan Negeri. Namun begitu sebelum sesuatu dasar itu dibentuk,
Kerajaan Negeri juga menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk
mengkaji sesuatu dasar sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri. Untuk rancangan lima tahun, Unit Perancang Ekonomi, di Jabatan Perdana
Menteri merupakan penggerak utama yang mengambil inisiatif mengumpulkan
maklumat- maklumat yang dikehendaki dari semua negeri. Unit ini akan
menghubungi semua Kerajaan Negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dan
memberitahu bahawa tiap-tiap negeri supaya menyediakan kertas-kertas tertentu
bagi menyatakan projek-projek pembangunan dan keperluan-keperluan lain yang
perlu dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun itu. Di peringkat
Negeri pula, setiausaha Kerajaan Negeri akan memberi arahan kepada semua
Pegawai Daerah bagi negeri itu supaya membuat rundingan dan mengemukakan
projek-projek pembangunan yang dikehendaki dalam sesebuah daerah atau jajahan.
Di peringkat Daerah pula, pegawai daerah selaku Pegerusi Jawatankuasa
Pembangunan dan tindakan Daerah dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Daerah akan
meminta setiap ketua jabatan yang ada diperingkat daerah supaya supaya
mengemukakan projek-projek pembangunan sebagai projek jabatan itu. Sistem Pentadbiran
Perancangan Bandar, Pada lazimnya, sesebuah jabatan itu akan mengemukakan
kertas kerja untuk menyebutkan projek-projek yang dikehendaki, anggaran
harganya dan tempat pembinaannya. Kertas kerja yang disiapkan itu akan
dibincangkan oleh ketua-ketua jabatan dan pegawai daerah yang semuanya menjadi
ahli kepada kedua-dua jawatankuasa tersebut. Segala keputusan dan kertas kerja
yang berkaitan akan diserahkan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan
kepada Pegawai Kemajuan Negeri. Pegawai Kemajuan Negeri seterusnya akan
meneliti semula perakuan-perakuan yang diperolehi daripada semua daerah dan
akan membawanya ke dalam perbincangan yang akan diadakan di peringkat negeri.
Badan peringkat negeri yang akan membincangkan permohonan projek-projek itu
ialah, Jawatankuasa Pembangunan Negeri yang mempengerusikan oleh Menteri Besar
Besar atau Ketua Menteri. Setiausaha Kerajaan Negeri berfungsi selaku Timbalan
Pengerusi dan Pegawai Kemajuan Negeri pula menjadi setaiusaha jawatankuasa
tersebut. Ketua-ketua Jabatan di peringkat negeri serta beberapa orang wakil
rakyat menjadi anggota jawatankuasa ini. Segala perakuan mengenai pembangunan
di peringkat negeri itu akan diserahkan kepada Perbendaharaan dan Unit
Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Pendekatan perancangan yang
kerap diamalkan ialah perancangan dari bawah iaitu bahawa rakyat melalui wakil
rakyat, ketua kampung dan pegawai di peringkat daerah, diberi peluang
mengemukakan kehendak pembangunan yang sesuai dengan keperluan daerah. Perakuan
menyeluruh yang menyatupadukan kehendak-kehendak itu akan dikemukakan pula ke
peringkat persekutuan iaitu kepada Bahagian Perancang Ekonomi.
Walaubagaimanapun, mengikut amalannya, kedua-dua pendekatan perancangan dari
bawah dan perancangan dari atas di amalkan di negara ini. Ini bermakna
kedua-dua peringkat kerajaan persekutuan dan negeri memainkan peranan penting
dalam perancangan dan pembangunan sesebuah negeri itu. Di peringkat negeri,
kerajaan negeri dapat menentukan daerah atau wilayah manakah di dalam sesuatu
negeri itu yang patut diberi keutamaan berdasarkan kepada kedudukan mundur
majunya sesebuah daerah itu. Di peringkat negeri, Kerajaan Negeri dapat
menentukan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar daerah atau wilayah yang patut
dan sesuai menerima sesuatu projek pembangunan tertentu dengan mengambilkira
kepentingan negara sebagai asas untuk perancangan. 2.2.1 Jawatankuasa Perancang
Negeri Apabila Akta PBD 1976 diterimapakai di sesebuah negeri, suatu
Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) hendaklah ditubuhkan (s. 4(1)). JPN
mengandungi anggota-anggota berikut: i. Pengerusi (Mentri Besar atau Ketua
Menteri negeri tertentu); ii. Timbalan Pengerusi (seorang Ahli Majlis Mesyuarat
Negeri, EXCO yang dilantik oleh PBN); iii. Setiausaha Kerajaan Negeri; iv.
Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri (yang menjadi Setiausaha JPN); v.
Pengarah Tanah dan Galian Negeri; vi. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri
atau pegawai yang bertanggungjawab jika tiada jawatan pengarah negeri; vii.
Pengarah Kerja Raya Negeri; viii. Penasihat Undang-Undang Negeri; ix. Pegawai
Kewangan Negeri; x. Pegawai Kemajuan Negeri; xi. Pengarah Jabatan Alam Sekitar
Negeri; xii. tidak lebih dari 4 ahli lain yang dilantik oleh PBN. Ahli-ahli
(ix) hingga (xi) telah ditambahkan melalui Akta Perancang Bandar dan Desa
(Pindaan) 1995. Sekurang-kurangnya 2 Ahli JPN adalah Ahli EXCO, iaitu ahli
politik yang telah bertanding dan menang dalam pilihanraya umum. Sembilan Ahli
JPN adalah pegawai kerajaan. Empat ahli lain boleh dilantik atas budibicara
Pihakberkuasa Negeri. Jelaslah bahawa keanggotaan JPN berat sebelah kepada
pegawai-pegawai perkhidmatan awam peringkat negeri. Akta PBD 1976 tidak
menyatakan bagaimana JPN patut bertindak atau membuat keputusan. Andaiannya
ialah setiap ahli mempunyai kuasa yang sama dan Sistem Pentadbiran Perancangan
Bandar mengikut amalan biasa JPN akan membuat keputusan melalui konsensus atau
secara mengundi. Sebagai perbandingan, Pengerusi Lembaga Rayuan yang ditubuhkan
di bawah Akta PBD 1976 mempunyai kuasa luarbiasa dan boleh membuat keputusan
yang bertentangan dengan pendapat ahli-ahli lain. Bidang kuasa setiap JPN
terhad kepada kawasan negeri masing-masing. Jelaslah wujudnya suatu kuasa
berasingan untuk perancangan diperingkat negeri. Perhatikan bahawa cadangan
asal dalam draf Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972 ialah penubuhan suatu
Pihak Berkuasa Perancangan Negeri dengan Pengerusi yang tidak semestinya
Menteri Besar atau Ketua Menteri.. Secara bandingan, kuasa perancangan di
peringkat tempatan telah dikekalkan dengan pihak berkuasa tempatan. a) Tugas
Jawatankuasa Perancang Negeri Berdasarkan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976
(s.4(3)) tugas-tuga JPN ini ialah : menggalakkan pemeliharaan, penggunaan dan
pemajuan tanah; • menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai perkara dalam (i) di
atas; dan • mengusaha, membantu dan menggalakkan maklumat dan metodologi •
berhubung dengan perancangan bandar. b) Kuasa Jawatankuasa Perancang Negeri
memberi arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) • dan arahan itu
mesti dipatuhi (s. 4(5)); mengarahkan supaya diadakan suatu penyiasatan atau
pendengaran • tempatan (s. 4(7)); tugas-tugas lain untuk melaksanakan Akta PBD
1976 (s. 4(6)). • Peruntukan ini amat luas. Misalnya, JPN nampaknya boleh
peruntukan ini untuk menjalankan suatu kajian dan seterusnya sediakan sesuatu
Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar. Rancangan Pembangunan untuk peringkat
Negeri dan rancangan ini dijadikan dokumen yang mengandungi dasar negeri untuk
pemajuan tanah. Kekurangannya ialah proses quot;perancanganquot; itu mungkin
tertutup dan tidak terbuka untuk menelitian dan penyertaan awam. Rancangan
Pembangunan Negeri ini juga mungkin diklasifikasikan sebagai SULIT ataupun
tidak dibuka untuk pemeriksaan orang ramai. c) Rancangan Pemajuan Untuk
memastikan bahawa PBPT mematuhi dasar kerajaan negeri bagi penggunaan tanah,
JPN boleh : menetapkan tempoh masa untuk PBPT menyediakan draf rancangan •
struktur (s. 8(1)), mengarahkan pemeriksaan baru dijalankan (s. 7(2)), iaitu
sebagai asas • untuk mengkaji semula rancangan struktur yang telah diluluskan,
meluluskan, menolak, atau mengubahsuaikan draf rancangan struktur (s. • 10(1))
yang dikemukakan kepada JPN untuk kelulusan, mengarahkan perubahan kepada
rancangan struktur yang telah • diluluskan dan berkuatkuasa (s. 11(1)).
mengarahkan PBPT menyediakan rancangan tempatan (s. 12(6) & (8)) • walaupun
penyediaan rancangan tempatan tidak diwajibkan dan boleh disediakan atas
budibicara PBPT. Dalam hal ini, JPN perlu bincang arahan ini dengan PBPT
berkenaan terlebih dahulu. mengarahkan PBPT mengubah, memansuh, menggantikan
rancangan • tempatan (s. 16(2)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
2.2.2
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri
Jabatan
Perancangan Bandar Dan Desa Negeri adalah berbeza mengikut negeri tertentu,
jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan Rancangan Struktur Negeri,
Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas. Antara fungsi jabatan ini
adalah; Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua hal
perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah; Berfungsi sebagai
Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan
Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung
dengan dasar dan kawalan perancangan
tanah dan bangunan, Bertindak sebagai penasihat kepada pihak berkuasa tempatan
mengenai perancangan bandar dan desa,
serta pemajuan dan penggunaan tanah Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah
kelulusan dan kawal selia ke atas
pelaksanaan rancangan pemajuan; Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek
khas yang dikendalikan kerajaan negeri;
dan Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan pembangunan tanah. Melaksana dan menyelaras
penyeragaman pelaksanaan sepenuhnya Akta
Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) di semua pihak berkuasa perancang
tempatan. Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan
dan Rancangan Kawasan Khas serta kajian/projek khas sama ada yang diarahkan
atau atas inisiatif jabatan, Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan, Memberi khidmat nasihat kepada jabatan /
agensi lain mengenai perancangan bandar
dan desa. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
i) Rancangan
Struktur Rancangan struktur merupakan sistem perancangan diperingkat negeri
yang mana
ianya mengandungi suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar
dan cadangan-cadangan strategik
negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan
tanah dalam kawasan bandar dan desa,
termasuklah langkah- langkah untuk.;
Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal;
Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk
menguruskan lalulintas; Pembaikan tahap
sosio-ekonomi
penggalakkan pertumbuhan ekonomi; Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan
rancangan desa;
dan Memudahkan pembangunan
secara mampan. Kaedah penyediaannya juga
adalah berdasarkan
kepada peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar Dan
Desa 1976(Akta 172) dan Akta
Pindaan 2001 (Akta A 1129), RS juga hendaklah
mengandungi gambar rajah, gambaran-gambaran dan
lakaran-lakaran yang sesuai
untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan- cadangan yang
dikemukakan. Antara
fungsi Rancangan Struktur ialah; Mentafsirkan dasar negara dan wilayah
Menentukan matlamat, polisi dan cadangan umum Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan RT
Menyediakan garis panduan untuk kawalan
pembangunan Menyediakan asas untuk
penyelarasan segala
keputusan • Menyediakan asas panduan dan menggalakkan
pembangunan Membentang isu-isu dan
keputusan-keputusan. Sistem Pentadbiran
Perancangan Bandar . Seranta Dan Draf Asas Rujukan
Bantahan Awam Rancangan
Struktur Negeri Laporan awal Laporan Bantahan Pewartaan Awam
Rancangan Struktur
Negeri Laporan Perwakilan Laporan Teknikel Awam Rundingan Dengan Majlis
Perancangan
Fizikal negara Kelulusan Draf Laporan Seranta dan Rancangan Pemeriksaan
Perwakilan
Awam Struktur Negeri Rajah 1.2 : Kaedah Penyediaan Rancangan
Struktur Negeri b) Rancangan
Tempatan Daerah. Rancangan Tempatan(RT) adalah
merupakan satu dokumen penerangan yang mana
ianya mengandungi Peta cadangan dan
pernyataan bertulis beserta Garis Panduan Perlaksanaan ianya
juga merupakan
satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum
yang terkandung di dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan
praktikal. Rancangan
Tempatan di sediakan bagi kawasan-kawasan yang
dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa
Tempatan. Ia merupakan pelan
terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am
yang
terkandung dalam Rancangan Struktur. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar .Rancangan
Tempatan ini disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga 16, Akta
Perancangan Bandar dan
Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa Perancangan
Tempatan (PBPT) Antara fungsi Rancangan
Tempatan ini adalah; Melaksanakan serta
menterjemah strategi yang telah digariskan oleh Rancangan
Struktur Negeri dengan lebih
terperinci. Memperincikan dasar kawalan perancangan bandar sebagai
panduan pembangunan. Menyediakan garis panduan bagi kawalan
pembangunan. Pelan-pelan
tempatan akan
menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan
yang diliputi oleh pelan-pelan tersebut. Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan
digunakan sebagai
asas untuk menyelaraskan
keputusan-keputusan, aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan
persendirian
terhadap kawasan yang diliputi oleh RT. Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang
terperinci kepada orang awam. Sistem
Pentadbiran Perancangan Bandar
RANCANGAN STRUKTUR PENGUBAHAN DAN PENGGANTIAN
Pernyataan
dasar dan cadangan am Setiap lima tahun/ bila-bila masa pemajuan dan penggunaan
tanah. sekiranya perlu.
SERANTA
AWAL RANCANGAN TEMPATAN MEWARTAKAN RT
Mendapatkan maklumbalas dari orang Pihak
Berkuasa Perancang Tempatan ramai mengenai objektif, tujuan dan diberitahu dan
Pihak Berkuasa Negri perkara lain yang akan dicadangkan akan menyiarkannya di
dalam warta dalam RT negeri.
RANCANGAN
TEMPATAN
Mengandungi suatu Peta Cadangan dan Pernyataan
Bertulis yang menepati dasar/
KELULUSAN
DRAF RANCANGAN
cadangan Rancangan Struktur Negeri. TEMPATAN
Oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dengan mengambilkira bantahan dan rayuan
hasil siasatan Jawatankuasa Penyiasatan dan Perbicaraan Awam.
SERANTA
DRAF RANCANGAN TEMPATAN
Pameran diadakan selama sebulan bagi
membolehkan orang ramai
PENYIASATAN
DAN PERBICARAAN
membuat bantahan mengenai Penyiasatan tempatan
atau kandungan Rancangan Tempatan perbicaraan awam Rajah 1.3 : Kaedah
Penyediaan Rancangan Tempatan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
c)
Rancangan Kawasan Khas. Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah merupakan satu
pelan cadangan terperinci yang mana terdahulunya ianya dikenali sebagai Pelan
Tindakan RKK mengandungi cadangan bagi memaju, memajukan semula, memperelok,
memulihara dan menguruskan keseluruhan atau sebahagian kawasan tersebut.
Penyediaan RKK adalah bertujuan untuk penyelesaian kepada masalah setempat
secara sistematik serta panduan bagi membangunkan kawasan dengan lebih cekap
Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172),
penyediaan RKK adalah salah satu Rancangan Pemajuan yang memperincikan tindakan
pembangunan setiap lot. Rancangan Pemajuan pada peringkat yang lebih tinggi
telah menformulasi dasar dan garis panduan pembangunan bagi sesuatu kawasan.
RKK pula berfungsi menterjemahkan pembangunan secara terperinci dan tepat di
dalam bentuk spatial ke atas lot-lot tanah yang berkenaan. Berdasarkan kepada
peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172),
kaedah penyediaan Rancangan Tempatan. RKK adalah disediakan diperingkat Pihak
Berkuasa Perancangan Tempatan bagi kawasan pentadbirannya. Sistem Pentadbiran
Perancangan Bandar
2.3
Peringkat Kerajaan Tempatan
Menurut Phang Siew Nooi dalam bukunya yang
bertajuk, Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia, hanya Malcolm W. Norris (1980)
yang dapat memberi definisi yang lebih tepat iaitu: “kerajaan tempatan dalam
konteks Semenanjung Malaysia bermaksud kerajaan di kawasan-kawasan Bandar, luar
Bandar atau gabungan kedua-dua kawasan ini dan di bawah kuasa kerajaan negeri
masing-masing. Kerajaan tempatan mempunyai kedudukan yang sah dan berdaulat
daripada kerajaan tertinggi itu. Kerajaan tempatan ialah peringkat ketiga dalam
struktur Persekutuan Malaysia.” Akta PBD 1976 memperuntukkan bahawa taip-taip
pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) hendaklah menjadi pihak berkuasa
perancang tempatan (PBPT) bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu (s. 5(1)).
Walaupun ini bermakna pihak berkuasa tempatan secara automatik menjadi PBPT,
ada dua tindakan yang perlu diambil sebelum peruntukan ini berkuatkuasa.
Pertama, Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah
dilantik terlebih dahulu oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengikut s. 10(1)
Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kedua, PBN hendaklah menetapkan kawasan-kawasan
PBPT yang akan menerima-pakai Akta PBD 1976. Dengan tindakan-tindakan ini, Yang
Di Pertua (atau Datuk Bandar) bersama Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan
juga akan menjadi anggota pihak berkuasa perancang tempatan. PBN boleh
mengistiharkan mana-mana kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan
mana-mana PBPT sebagai suatu kawasan pihak berkuasa perancang tempatan (s.
5(2)). Di kawasan-kawasan ini, PBN boleh melantik seorang atau beberapa orang
sebagai PBPT (s. 5(3)). Kuasa ini telah digunakan di Johor Barat dengan
perlantikan Pegawai-Pegawai Daerah berkenaan sebagai PBPT untuk kawasan di luar
kawasan Majlis-Majlis Bandaran. Kuasa ini juga telah digunakan untuk melantik
Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 24
Datuk
Zainuddin Mohamed merangkap Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa
Semenanjung Malaysia sebagai PBPT untuk Putrajaya (1995/96) yang masih belum
dibangunkan (pada masa itu) dan belum mempunyai pihak berkuasa tempatan. Dari
segi undang-undang pihak berkuasa tempatan dan PBPT adalah dua badan atau
pertubuhan yang berasingan walaupun ia biasa berfungsi dalam suatu jentera
pentadbiran yang sama. Misalnya, pihak berkuasa tempatan apabila mengambil
tindakan perancangan (seperti mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang)
ia bertindak sebagai suatu PBPT bukan sebagai pihak berkuasa tempatan. Di
sebaliknya PBPT tidak boleh bertindak sebagai pihak berkuasa tempatan (seperti
mengutip cukai, memungut sampah, mengawal kesihatan bandar, dll). Biasanya,
PBPT tidak mengambil gelaran yang berasingan tetapi mengguna nama pihak
berkuasa tempatan. Contohnya, apabila seseorang memohon kebenaran merancang
daripada PBPT Pulau Pinang ia sebenarnya berurus dengan Majlis Perbandaran
Pulau Pinang (MPPP), iaitu nama pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang.
Surat kelulusan kebenaran merancang juga disediakan di atas surat resmi MPPP
(MPPP letterhead).
2.3.1 Tugas dan Kuasa PBPT
Akta PBD 1976 menetapkan dua
tugas utama PBPT iaitu, perancangan dan penyebaran maklumat berkenaan dengan
perancangan. Disamping itu, PBPT juga wajib menjalankan sebarang tugas yang
diarahkan oleh PBN atau JPN. Secara terperinci s. 6(1) Akta PBD 1976 menyatakan
bahawa PBPT hendaklah : mengatur, mengawal, dan merancang pemajuan dan penggunaan
semua • tanah dan bangunan dalam kawasannya; mengusaha, membantu dan
menggalakkan pemungutan, • penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin,
dan monograf, dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan
desa dan metodologinya; dan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar melaksanakan
apa-apa tugas lain yang ditanggungkan ke atasnya dari • masa kesemasa oleh
Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. PBPT juga perlu
sentiasa memberi perhatian kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat
hakmilik tanah terutamanya apabila mempertimbangkan permohonan kebenaran
merancang. Contohnya, jika kategori hakmilik tanah ialah pertanian, PBPT tidak
akan membenarkan pembangunan walaupun rancangan struktur menetapkan bahawa
tanah berkenaan boleh dibangunan untuk perumahan atau kegunaan lain yang
bertentangan dengan kategori tanah. Pemaju atau pemohon perlu melalui proses
tukar syarat (ia itu, ubah kategori kegunaan tanah) dahulu sebelum kebenaran
merancang boleh diberi. Di sebaliknya pula, jika PBN telah tukar syarat sesuatu
tanah dari pertanian kepada bangunan, PBPT terpaksa anggap ini sebagai
penukaran dasar kerajaan negeri yang perlu dipatuhi walaupun tanah tersebut
ditunjukkan sebagai kawasan pertanian dalam rancangan struktur yang telah
diluluskan oleh JPN. a) Rancangan Pemajuan Akta PBD 1976 juga menyatakan
beberapa tindakan yang perlu diambil oleh PBPT berkenaan dengan rancangan
pemajuan, khususnya : Memulakan pemeriksaan terhadap perkara-perkara yang mungkin
• menyentuh pemajuan atau perancangan pemajuan (s. 7(1)). Walaupun PBPT hanya
dikehendaki menjalankan pemeriksaan di kawasannya ia juga dibenarkan memeriksa
kawasan yang berhampiran jika perlu. Pemeriksaan ini menjadi asas untuk
perancangan kawasan PBPT. Menyampaikan Laporan Pemeriksaan dan draf rancangan
struktur • untuk kelulusan JPN (s. 8(1)). Memberi perhatian kepada dasar sosial
dan ekonomi negara dan • negeri semasa membentukkan dasar penggunaan tanah
dalam rancangan struktur (s. 8(4)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 26
Mewartakan
penerimaan draf rancangan tempatan dalam WARTA • Negeri dan 2 akhbar (s.
15(4)). Walaupun PBPT tidak perlu mendapat kelulusan JPN bagi rancangan
tempatan tetapi ia mesti gazetkan penerimaan sesuatu rancangan tempatan. b)
Kawalan Perancangan Kuasa PBPT berkenaan dengan kawalan perancangan diberi
melalui s. 19(1) Akta PBD 1976 yang menyatakan bahawa semua orang kecuali PBPT
mesti mendapat kebenaran merancang. Permohonan untuk kebenaran merancang
hendaklah dibuat kepada PBPT (s. 21(1)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
3.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya sistem pentadbiran
perancangan bandar adalah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat
kerajaan persekutuan, peringkat kerajaan negeri dan peringkat kerajaan
tempatan. Dalam peringkat kerajaan persekutuan ianya mempunyai pelbagai
peringkat dan ianya termasuklah peggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan,
penyelarasan dan penilaian. Antara peringkat jabatan kerajaan yang terletak
diperingkat ini ialah Majlis Negara Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan
dan Kerajaan Tempatan, dan Jabatan Perancangan bandar dan Desa Semenanjung
Malaysia. Rancangan pemajuan yang terlibat di peringkat ini adalah Rancangan
Fizikal Negara. Pada peringkat kerajaan negeri ianya berperanan dalam membuat
rancangan pemajuan seperti Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan
Kawasan Khas. Jabatan-jabatan yang terlibat dalam peringkat ini ialah
Jawatankuasa Perancang Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri.
Manakala pada peringkat kerajaan tempatan ianya menerangkan kuasa pihak
berkuasa perancang tempatan. Di mana pihak berkuasa ini memainkan peranan utama
dalam rancangan pemajuan dan kawalan perancangan. Sistem Pentadbiran
Perancangan Bandar
SUMBER RUJUKAN
1. Ahmad Atory Hussain, Kerajaan Tempatan
Teori dan Peranan Di Malaysia.
2. Akta Perancangan Bandar dan Desa
1976(Akta 172), International Law Book Services.
3. Halmi b. Zainol, Pendahuluan Kepada
Perancangan Fizikal, Biroteks Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
4. Phang Siew Nooi, Sistem Kerajaan Tempatan
Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.
5. Malaysia Kita. 6.
http://www.townplan.gov.my Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
No comments:
Post a Comment