Tuesday, 11 December 2012

DEFINISI PERANCANGAN & PEMBANGUNAN BANDAR ISLAM DEFINISI & MATLAMAT PERANCANGAN


“Perancangan ialah satu proses untuk membangunkan sesebuah kawasan yang menekankan keutamaan kesejahteraan keluarga dan ummah, meningkatkan taraf dan nilai hidup berteraskan nilai-nilai islam, membangunkan sektor industri dan pertanian di samping memelihara alam sekitar dan meninggikan pembelajaran sejajar dengan perkembangan industri itu sendiri."

Matlamat perancangan adalah untuk menjaga keperluan individu dan perhubungannya dengan keluarga dan masyarakat yang lebih positif dan bermakna bagi mengubah dan meningkatkan taraf hidup masyarakat yang memerlukan tarbiah agama dan di bantu oleh perkhidmatan teknologi.

KONSEP PEMBANGUNAN
Konsep pembangunan yang berteraskan nilai hidup islam merupakan satu paradigma baru untuk kerja-kerja di bidang perancangan. Proses meningkatkan taraf hidup perlu diseimbangkan dengan kesejahteraan ummah yang merangkumi isu sosio-ekonomi, pengurusan, kewangan, industri pembuatan, pertanian, pembelajaran dan Penyelidikan (R&D)

PEMBANGUNAN TAPAK
Tujuan mendirikan bandar ialah supaya dijadikan kawasan penempatan dan tempat berlindung. Dengan demikian adalah wajar ini diambil perhatian supaya segala benda yang merbahaya dijauhkan daripada bandar dengan cara menjaganya daripada segala yang boleh mencelakakan segala kemudahan sesuai dengan kehidupan bandar. (Ibn Khaldun)

ASAS FALSAFAH KEPADA PENDEKATAN ISLAM TERHADAP PEMBANGUNAN
  • i) Tauhid (Keesaan dan kekuasaan Allah). Asas ini meletakkan peraturan tentang hubungan Tuhan dengan manusia dan hubungan manusia dengan manusia.
  • (ii) Rububiyah (Sifat Allah sebagai Penguasa yang membuat peratuaran-peratuaran bagi menumpang dan dan menjaga serta mengarahkan kehidupaan makhluk ke arah kesempurnaannya.
  • (iii) Khilafah (Peranan manusia sebagai utusan Allah di bumi)
  • (iv) Tazkiyah (Penyucian & pertumbuhan yang sewajarnya)
KRITERIA UTAMA PEMBANGUNAN HADARATUL ISLAMIAH
  1. Menubuhkan satu kumpulan pembangunan khas (development team) untuk menyelia pembangunan keseluruhannya.
  2. Menggubal, meletak dan mengamalkan polisi ekonomi yang boleh menghasilkan pembangunan qariah penempatan dengan berkesan.
  3. Menubuhkan sebuah majlis penduduk yang dikenali sebagai majlis Ulil-Amri Tempatan untuk mengembangkan perusahaan dan juga menjaga hal-ehwal masyarakat mengikut lunas syariah.
  4. Mengusaha dan menjalankan pelbagai program pembelajaran termasuk pelajaran lanjutan, latihan sumber manusia dan tarbiah diniyah.
PRINSIP SYARIAH DALAM PERBANDARAN ISLAM

Peraturan dan sistem perundangan yang berasaskan undang-undang Allah (SWT) dan juga mesej yang dibawa oleh Nabi Muhammad (SAW)

KONSEP PERBANDARAN ISLAM

Istilah Bandar – Istilah Arab “Madinah” Prof Al-Attas mengaitkan din dan madinah (juga berkait dengan kata kerja maddana) sebagai :

  • Membina bandar,
  • Menaikkan ke taraf beradab,
  • Menimbulkan sifat insan sejati.
PRINSIP ASAS KEJIRANAN
  • Jiran bukan Islam (al-Zimmi al-ajnabiy). Mereka hanya berhak mendapat hak kejiranan sahaja.
  • Jiran Islam (al-Muslim al-Ajnabiy). Mereka berhak mendapat dua hak kejiranan iaitu hak sebagai jiran dan hak sebagai seorang muslim.
  • Jiran Islam, keluarga (al-Muslim al-Qarib). Mereka berhak mendapat hak sebagai seorang jiran, hak seorang Islam dan hak seorang saudara.
  • Perkembangan fizikal kawasan kejiranan Islam dapat di bahagikan kepada empat peringkat iaitu rumah (al-bayt), kelompok (dur), kejiranan (mahallah-khittah) dan bandar (madinah) (Saleh Al-Hathloul-1981)
PROSES PERBANDARAN
Satu proses pertumbuhan pelbagai aspek seperti peningkatan kualiti taraf hidup penduduk, ekonomi, infrastruktur, kemudahan sosial dan budaya, keselamatan, serta pendidikan dan pembangunan umat Islam setempat khasnya.

SEJARAH PERBANDARAN DUNIA
  • Perbandaran Tamadun Lembah
  • Perbandaran Yunani
  • Perbandaran Rom
  • Perbandaran Era Pertengahan (Era Medieval)
  • Perbandaran Era Renainsance
  • Perbandaran Era Revolusi Perindustrian
  • Perbandaran Di Asia Tenggara
  • Perbandaran Di Malaysia
BANDAR
  • suatu unit politik, suatu petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain struktur.
  • satu gabungan antara tempat dengan penghuninya.
  • satu ekosistem terbuka yang mengembangkan kebudayaan bandar melalui pertukaran bahan dan tenaga.
  • Satu penempatan yang mempunyai saiz dan populasi yang kukuh di mana terdapatnya kegiatan yang bukan pertanian seperti perindustrian dan perdagangan dijalankan. Di Malaysia bandar merupakan satu penempatan yang mempunyai saiz penduduk seramai minimumnya 10,000 orang.
BANDAR MAMPAN

Bandar mampan mengikut definisi ‘United Nations Centre For Human Settlements’ (HABITAT) dalam Program Bandar Mampan adalah “Bandar Yang Mampu Mengekalkan Pencapaian Dalam Pembangunan Sosial, Ekonomi Dan Fizikal Untuk Selama-lamanya”.

Manakala definisi bandar mampan yang dikemukakan oleh ‘Research Triangle Institute’ (RTI) ialah “Wilayah Metropolitan yang boleh bersaing dengan jayanya di peringkat global tetapi masih boleh mengekalkan keunggulan budaya dan alam sekitarnya”.

BANDAR SELAMAT

Bandar yang bebas daripada semua ancaman fizikal, sosial dan mental, mempunyai persekitaran yang sentiasa berada dalam keadaan terpelihara dan tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kepada berlakunya kejadian yang mengganggu gugat jentera kesejahteraan setempat, selain itu, penghuninya sentiasa dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat ceria dan dapat menjalankan hidup dengan penuh keyakinan ( Berita Harian, 26 Oktber 2004 ).

PENYUSUNAN BANDAR ISLAM

  • Pusat Bandar masjid (Pusat spiritual Islam )
  • Di sekitar lingkungan masjid :
    -Istana Pemerintah (Pusat kekuasaan duniawi)
    -Pasaraya (Pusat perdagangan & Ekonomi Penduduk bandar)
  • Pinggir Kota Bangunan lain (Kediaman orang ramai)
SURAH AL-IMRAN AYAT 96 :
96. Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di Bakkah (Mekah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia.



sumber : http://noriizzconsultants2u.blogspot.com/2010/08/definisi-perancangan-pembangunan-bandar_28.html

Konsep Islam di dalam Pengurusan Pembangunan dan Perbandaran


Pembangunan

Pendekatan Islam terhadap usaha membangun dan memanfaatkan sumber-sumber asli dapat disimpulkan dari nasihat Sayyidina Ali bin Abi Talib, Khalifah keempat kepada seorang pengusaha yang telah membangunkan tanah terbiar:

”Usahakanlah dengan rasa gembira, asalkan engkau seorang yang membawa kepada kebaikan bukan kejahatan; yang berniat untuk membangunkan ladang bukan untuk mendatangkan kemusnahan”.[1]

Salah satu manifestasi ketidak syukuran manusia kepada Allah S.W.T. ialah pembaziran dan pemborosan yang telah mengakibatkan pemusnahan sumber dan penghasilan bahan buangan yang bertambah-tambah kuantitinya setiap tahun. Hutan tropika yang penuh dengan khazanah yang tidak ternilai diterokai dan dimusnahkan dengan rakusnya melalui eksploitasi yang tidak berteraskan pengurusan lestari.

Habitat untuk hidupan liar juga dimusnahkan bahkan hidupan itu sendiri dibunuh dengan kejam dimana sebahagian daripada badannya akan dijadikan hiasan. Inilah sifat syaitan yang sentiasa tidak bersyukur kepada Tuhannya. Allah S.W.T. berfirman:

Maksudnya :
”Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu amat engkar akan Tuhannya.[2]”


Perbandaran

Dari perspektif sejarah perabadan Islam, unsur keseimbangan antara manusia dan alam sekitar sangat ditekankan. Secara langsung unsur ini telah diaplikasikan di dalam kelompok masyarakat Islam sama ada di perkampungan kecil ataupun di bandar besar.

Aspek perbandaran dan senibina ini sangat diberi perhatianserius kerana ketika ini kebanyakan pusat-pusat bandar merupakan pusat berlakunya masalah alam sekitar. Dalam menghadapi permasalahan alam sekitar ini, ramai tokoh mencadangkan supaya disepadukan antara perancangan senibina dengan aspek langskap. Kemudian keduanya diharmonikan dengan alam sekitar yang semulajadi.

Dalam peradapan Islam, penyepaduan ketiga-tiga unsur ini, iaitu senibina, langskap dan alam sekitar, telah dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan ini masih lagi wujud biarpun hanya tinggal sejarah[3]. Namun inilah hakikat yang menjadi bukti bahawa Islam pernah menempa kejayaan di dalam pembangunan bandar.

Pelaksanaan penyepaduan ini telah membentuk suatu kehidupan yang sangat harmoni, berlatarbelakangkan panorama yang indah, serta penggunaan unsur-unsur alam sekitar secekapnya tanpa menjejaskan kualiti alam sekitar. Namun, Sains dan kepakaran tentang langskap serta perancangan bandar ini, yang dikuasai umat Islam tidak dibukukan tetapi hanya diperturunkan secara warisan daripada satu generasi ke satu generasi.

Menurut Profesor Nasr lagi, ”Senibina dan perancangan bandar yang dibangunkan di dalam bandar-bandar Islam tidak pernah bertentangan dengan alam semulajadi”. Inilah hasil penggunaan Sains Islam secara praktikalnya yang merangkumi hampir semua disiplin ilmu, seperti Kosmologi, Geografi, Geometri, Hidrologi, Astronomi, Alkimia, teknologi dan seumpamanya. 

Perancangan terhadap rumah-rumah, masjid, jalanraya, bazar, pasar dan lain-lainnya (tentang kehidupan sesebuah bandar) telah menggunakan pelbagai faktor yang telah sedia wujud semaksima mungkin. Contohnya, di gurun yang panas, lorong-lorong sempit telah dibina untuk memerangkap udara malam yang sejuk pada waktu siang. Manakala di kawasan yang bersuhu panas eperti di tengah kawasan gurun Kavir di Parsi, menara-menara angin[4] telah digunakan untuk mengalihkan udara ke rumah, aras bawah tanah pula digunakan sebagai tempat perlindungan pada musim panas serta tangki air diletakkan di bawah tanah untuk membekalkan air sejuk. [5]

sumber : http://chitchat85.blogspot.com/2008/01/konsep-islam-di-dalam-pengurusan.html

Monday, 10 December 2012

Ya Allah


abah..

2 oktober 2012..
pada waktu petang, seorang anak telah call emak nyer untuk meminta restu dan doa oleh mereka agar melancarkan seorang anak itu menjawab exam semester akhir di uitm seri iskandar yang akan bermula ke esokkan hari nya..anak nyer juga berkata doakan agar sume lulus agar nanti kedua - dua ibu bapanya boleh melihat anak nyer konvo dan naik atas pentas menerima segulung diploma pada tahun berikutnyer...

3 oktober
pada jam 3 pag , seorang anak telah menerima panggilan dari emak sedara nyer dan telah memberitahu khabar tidak baik iaitu abah kepada anak tersebut telah meninggal dunia..sungguh berat untuk menerima berita itu..

anak tersebut telah teringat bahawa abah nyer sebelom itu selalu tye bila nak balik rumah..tetapi anak nyer tidak ada masa kerana terlalu busy kerana membuat asgment (final study)..anak tersebut sungguh terkilan kerana x dpt jumpa abah nyer kali terakhir tetapi hanya sempat call abahnyer 3 hari sebelom abahnya meninggal dunia...

pagi nya itu anak nya mempunyai 1st paper exam yang perlu di hadapi nya..xdpat nak di bayangkan perasaan anak tersebut ketika menjalani exam tersebut..selepas menjalani exam tersebut terus bergegas pulang kerumah bersama2 sahabat perjuangan..setelah sampai kerumah, dapat melihat wajah abah nya dan mencium dahinya untuk kali terakhir sebelum di kebumikan...

anak yang di maksud itu adalah saya...harap abah di SANA di tempatkan dalam golongan orang yang beriman...AMIN..

Al-Fatihah untuk arwah abah iaitu JAMALUDDIN BIN HASBULLAH..


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ



kenangan bersama abah pada raya 2012







smileeeee!!!


Kalender 2012







created  by syamoony



Renungan~~






Sunday, 9 December 2012

RUNNING MAN

SUKA X DENGAN KOREA...LAU SUKE MSTI SUKA DENGAN RUNNING MAN KAN???
RUNNING MAN MMG BES AN...HIHI...
KALI NAK SHARE LA GAMBAR2 DIE...HIHIHI...ADA YANG EDI SENDRI..ADA YANG AMEK KAT GROUP RUNNING MAN SENDRI....SAPA YANG FANS RUNNING MAN...HOPE ENJOYED!!!






















lebih lanjut akan di update lagi...

KENANGAN!!!!




KENANGAN KAMI BERSAMA...
SELAMA 3 TAHUN...
DALAM PERJUANGAN YANG SAMA...
KINI....
TAMAT LA PERJUANGAN KAMI....
TERPISAHLAH KAMI...
HOPE AKAN DAPAT PERJUMPA LAGI..
MISS U GUYSSS!!!!!
MUUUUUAAAXXXXXXXXX!!!!!!
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥

Saturday, 8 December 2012

A Famosa



Tinggalan pintu kota yang dipanggil Porta de Santiago di A Famosa.

Lokasi Melaka

Dibina pada 1511

Fungsi Tembok pertahanan

Status Dimusnahkan oleh Inggeris pada 10 Ogos 1807

Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Sejarah

Selepas penawanan Portugis

A Famosa merupakan nama kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam ke semua arah.

A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.


Penaklukan oleh Belanda

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati. Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang menjelang masa itu mengalami korban lebih 7,000, akibat kebuluran, penyakit dan tembakan senjata api.

Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda. Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".


Pentadbiran oleh British

Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis. Akibatnya, pihak British berjaya menguasai Melaka pada 1795 tanpa sebarang pertempuran.

Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang mara bahaya, sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh. Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kota A Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura. Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa kepada Kerajaan Inggeris di India. [1]

Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dan memberikan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang. Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan.

Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807. Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil. Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, tembok-tembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles seorang kaki-tangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan. Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirkannya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa.

Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.

Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.


Penemuan arkeologi

Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Kubu Middelsburgh dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka.[2] Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut. [3] Koperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824.[4]

Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Kubu Santiago dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.[5]


Rujukan

↑ Menurut Hikayat Abdullah
↑ Lee, Cynthia. New Straits Times. Excavation for Malacca tower project unearths ruins of Dutch fort. 1 Disember 2006
↑ The Star. Ancient wall stays, tower goes. 4 Disember 2006.
↑ Lee, Cynthia. New Straits Times. Excavation for Malacca tower project unearths ruins of Dutch fort. Disember 2006
↑ The Star. Old watchtower may be under site. 4 Disember 2006.

Pautan luar
Petikan buku Hikayat Abdullah.
(Inggeris) Exploring the Porta de Santiago (A Famosa)
(Melayu) KOTA 'A FAMOSA' MULA DIHANCURKAN ATAS ARAHAN INGGERIS
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa"

Kisah 25 nabi


Nabi dan Rasul adalah manusia-manusia pilihan yang bertugas memberi petunjuk kepada manusia tentang keesaan Allah SWT dan membina mereka agar melaksanakan ajaran-Nya. Ciri-ciri mereka dikemukakan dalam Al-Qur’an,

"... ialah orang-orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah. Mereka takut kepada-Nya dan mereka tiada takut kepada seorang (pun) selain kepada Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan." (Q.S. Al Ahzab : 39).

Perbedaan antara Nabi dan Rasul adalah : seorang Nabi menerima wahyu dari Allah SWT untuk dirinya sendiri, sedangkan Rasul menerima wahyu dari Allah SWT guna disampaikan kepada segenap umatnya. Para Nabi dan Rasul mempunyai 4 sifat wajib dan 4 sifat mustahil, serta satu sifat jaiz, yaitu :

1.Shiddiq (benar), Mustahil ia Kizib (dusta).

2.Amanah (dapat dipercaya), mustahil Khianat (curang).

3.Tabliqh (Menyampaikan wahyu kepada umatnya), Mustahil Kitman (menyembunyikan Wahyu).

4.Fathonah (Pandai/cerdas), Mustahil Jahlun (Bodoh).

5.Bersifat jaiz yaitu Aradhul Basyariyah (sifat-sifat sebagaimana manusia).

Di dunia ini telah banyak Nabi dan Rasul telah diturunkan, tetapi yang wajib diketahui oleh umat Islam adalah sebanyak 25 Nabi dan Rasul, yaitu :
  1. Nabi Adam as
  2. Nabi Idris as
  3. Nabi Nuh as
  4. Nabi Huud as
  5. Nabi Shaleh as
  6. Nabi Ibrahim as
  7. Nabi Ismail as
  8. Nabi Luth as
  9. Nabi Ishaq as
  10. Nabi Ya’qub as
  11. Nabi Yusuf as
  12. Nabi Syu’aib as
  13. Nabi Ayyub as
  14. Nabi Dzulkifli as
  15. Nabi Musa as
  16. Nabi Harun as
  17. Nabi Daud as
  18. Nabi Sulaiman as
  19. Nabi Ilyas as
  20. Nabi Ilyasa as
  21. Nabi Yunus as
  22. Nabi Zakaria as
  23. Nabi Yahya as
  24. Nabi Isa as
  25. Nabi Muhammad saw
rujukan : http://kisah25nabi.blogspot.com/

word for love


  1. it hurts to love someone and not be loved in return, but
    what is the most painful is to love someone and never finding the

    courage to let the person know how you feel.
  2. maybe God wants us to meet a few wrong people before
    meeting the right one so that when we finally meet the right
    person, we should know how to be grateful for that gift.

  3. love is when you take away the feeling, the passion, the
    romance- and you find out you still care for that person.

  4. a sad thing about life is that when you meet someone who
    means a lot to you only to find out in the end that it was never
    bound to be and you just have to let go.

  5. when one door of happiness closes, another opens but often we
    look so long at the closed door that we don't see the one which has
    been opened for us.

  6. the best kind of friend is the one you could sit on a porch,
    swing with, never say a word, and then walk away feeling like
    that was the best conversation you've had.

  7. its' true that we don't know what we've got until we lose it,
    but it's also true that we don't know what we've been missing
    until it arrives.

  8. giving someone all your love is never an assurance that
    they'll love you back! don't expect love in return, just wait for
    it to grow in their hearts but if it doesn't, be content it grew in
    yours.

  9. there are things you love to hear but you would never hear
    it from the person whom you would like to hear it from, but don't
    be deaf to hear it from the person who says it with his heart.

  10. never say goodbye when you still want to try - never give
    up when you still feel you can take it - never say you don't love
    that person anymore when you can't let go.

  11. love comes to those who still hope even though they've been
    disappointed, to those who still believe even though they've been
    betrayed, need to love those who still love even though they've
    been hurt before.

  12. it takes a minute to have a crush on someone, an hour to
    like someone and a day to love someone - but it takes a lifetime
    to forget someone.

  13. don't go for looks' it can deceive; don't go for wealth - even
    that fades away. go for someone who makes you smile coz' only a
    smile makes a dark day seem bright. hope you find that person.

  14. there are moments in life when you really miss someone that you
    want to pick them from your dreams and hug them for real! hope you
    dream of that someone.

  15. dream what you want to dream; go where you want to go; be what
    you want to be cuz you have only one life and one chance to do all
    the things you want in life.

  16. may you have enough happiness to make you sweet, enough trials
    to make you strong, enough sorrow to keep you human, enough hope
    to make you happy and enough money to buy me gifts :)

  17. always put yourself in other's shoes. if you feel that it hurts
    you, it probably does hurt the person, too.

  18. a careless word may kindle strife; a cruel word may wreck a
    life; a timely word may level stress; a loving word may heal and
    bless.

  19. the beginning of love is to let those we love be perfectly
    themselves, and not to twist them with our own image - otherwise,
    we love only the reflection of ourselves we find in them.

  20. the happiest of people don't necessarily have the best of
    everything; they just make the most of everything that comes along
    their way.

  21. happiness lies for those who cry, those who hurt, those who
    have searched and those who have tried. for only they can
    appreciate the importance of people who have touched their lives.

  22. love starts with a smile, develops with a kiss and ends
    with a tear.

  23. the brightest future will always be based on a forgotten
    past, you can't go on well in life until you let go of your past
    failures and heartaches.

  24. when you were born, you were crying and everyone around you
    was smiling - live your life so that when you die, you're smiling
    and everyone around you is crying.
rujukan : http://bassita.com/word

add and follow me

facebook : http://www.facebook.com/siti.daim

twitter : https://twitter.com/syamoony


finally!!!!

finally
3 years
its done

DIPLOMA OF TOWN AND REGIONAL PLANNING IN UITM SERI ISKANDAR PERAK!!!!

✖‿✖

Misteri Potret Monalisa




Potret Monalisa merupakan salah satu karya agung Leonardo Da Vinci. Apa yang membingungkan adalah, potret lama yang berusia lebih 500 tahun yang dipamerkan di Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri sehingga kini. Sudah tentu mengenai identiti seorang gadis jelita yang mempunyai senyuman yang menawan itu. Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain. Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503. Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian. Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit. Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.

  • Misteri Potret Monalisa 
  • Identiti Monalisa itu sendiri. 
  • Riak wajah Monalisa. 
  • Mata Monalisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu. 
  • Senyuman Monalisa yang nampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan. 
  • Makna senyuman Monalisa sehinggakan ia menjadi igauan penyelidik,ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha untuk menafsirkan makna senyuman tersebut. 
  • Sekecil-kecil sudut di dalam potret tersebut dikaji dengan teliti untuk membongkar rahsia Monalisa. 

  • Teori Mengenai Monalisa 
  • Monalisa yang sebenarnya adalah Lisa Ghererdini yang merupakan isteri kepada seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Mona Lisa bermaksud Madam Lisa. 
  • Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina. 
  • Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang. 
  • Teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi kewanitaan. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari! Fakta Potret Monalisa 
  • Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian. 
  • Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain. 
  • Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. 
  • Selain Mona Lisa, judul lain adalah La Gioconda. 
  • Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. 
  • Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza. 
  • Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun. 
  • Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan. 






sumber : http://www.blogammar.com/misteri-potret-monalisa/