Tuesday 7 February 2012

pasangan ideal ---> arkitek/planner ????

ada 1 blog nie...kisah nye pasal SUAMI/ISTERI BERKERJAYA ARKITEK/URBAN PLANNER; CALON PILIHAN IDEAL TAHU ! ....time baca je bnda nie terus tersenyum lebar..huhuhu...yela~~ mana x nya bab kekasih hati pun sama kos ngan kite..huhuhu... tap baca je point2 yang yang admin blog 2 tulis

"1. Arkitek/Urban Planner sangat sabar orangnya.

Bukti: Tak caye?? Dah la pengajian diorang 5 tahun (arkitek) atau 4 tahun (urban planner).. Tu kalau grad on time.. Kalau yang kena repeat subjek studio macam mana pulak? Setahun lah lagi diorang extend. Fuuuh, memang diorang banyak sangat bersabar. Kalau tak sabar memang tak abes tau pengajian diorang. Dah la selalu kena marah, kena sound, kena 'tembak' dengan lecturer dan client kalau design diorang x best..

Kelebihan: Jadi anda jangan takut untuk marah-marahkan pasangan anda sekiranya mereka buat salah. Tapi jangan marah tanpa sebab. Diorang nak secara detail apa yang menyebabkan diorang di marah macam cara lecturer komen/kutuk design diorang laa.. InsyaAllah mereka akan sabar je kalau kena marah macam tu. Tapi jangan over sangat, marah-marah sayang tu ok la.. Kalau over.... diorang akan buat tak tahu je and then blah.. Diorang hati kering bhai.. Dah hari-hari kena marah..

2. Arkitek/Urban Planner tak kisah berjaga malam.


Bukti: Tak dapat dinafikan lagi arkitek/urban planner terpaksa bekerja hingga lewat malam untuk siapkan projek, tugasan dan assignments diorang.

Kelebihan: Nak message atau gayut malam-malam diorang ok je.. And nanti kalau ada baby, dan baby anda lambat tidur atau nak tukar lampin lewat-lewat malam, jangan rasa bersalah untuk suruh pasangan anda je uruskan! InsyaAllah mereka akan menganggap itu adalah perkara biasa. Tapi jangan selalu, diorang boleh bosan kalu buat rutin yang sama je..Hehe..

3. Arkitek/Urban Planner adalah lebih romantik berbanding profession lain.

Bukti: Semua benda diorang buat adalah dengan sepenuh hati. Kalau tak, kerja diorang tak 'touching', nanti lecturer suruh (buat semula) redo, tak pun kena koyak je dan kalau yg dah kerja konpem client reject.

Kelebihan: Alamilah gaya hidup bekeluarga macam dalam citer Korea yang anda suka tengok tu! (Opsss!!). Dan selalu-selalulah merajuk, sebab nanti beliau akan pujuk anda dengan sangat romantik! Tapi jangan selalu, nanti beliau tak kuasa nak layan.

4. Jimat kos buat rumah dan tahu macam mana nak deal bila nak beli property macam tanah.

Bukti: Yang arkitek dah terbukti mereka boleh design rumah macam-macam pesen.. Yang urban planner ni memang berpengetahuan luas dalam hal-hal yang berkaitan dengan tanah, environment, transportation & road circulation system, kira bg diorang ni hujung jari je lah semua tu.. Dah tu bidang yang diorang study..

Kelebihan: Anda bleh suruh ape saja ikut suka hati anda nak rumah macam mana, dan tanpa bayaran sehingga akhir hayat. Kalau yang urban planner konpem ada kawan arkitek, boleh lah nak mintak harga kengkawan. Kalau pasangan anda minta gak, sah lah beliau tengah tak ada projek (tgh pokai lah tu).

5. Rumah bersepah tak apa.

Bukti: Studio dan bilik diorang lagi bersepah! (Bukti berupa gambar tidak dibenarkan disiar demi menjaga imej mereka. hihi) Tapi tu masa tengah sibuk dengan projek atau assignment lah.. hari lain normal je..
Kelebihan: Jadi anda tak payah la bimbang kalau rumah selalu bersepah. InsyaAllah pasangan anda boleh je tahan. Tapi anda jangan selalu buat perangai lagu ni. Kang beliau cari lain!

6. Kreatif.

Bukti: Hasil kerja dan design arkitek/urban planner ni memerlukan kreativiti yang tinggi untuk disukai oleh lecturer mahupun client.

Kelebihan: Kekreatifan itu secara tak langsung akan mempengaruhi rumahtangga arkitek/urban planner. Jangan risau, setiap ulangtahun perkahwinan anda akan diraikannya dengan cara yang anda mungkin tak menduga. Kalah citer Korea! (Itu pun kalau beliau tak lupa la..haha..!).

7. Sensitif.

Bukti: Mereka perlu sensitif untuk menghasilkan design yang kemas dan teliti. Mereka jugak perlu sensitif dengan persekitaran untuk hasilkan design yang baik.

Kelebihan: Kalau anda ada masalah, moody, emo tetiba atau tak seperti biasa, insyaAllah pasangan anda akan perasan. Cuma beliau nak tanya atau biarkan je anda layan feeling anda tu sorang-sorang, itu saya tak tau la. Dan kalau mereka ni yang ada masalah, anda kena lah jadi pendengar yang setia dan bagi mereka sokongan contoh macam dakapan erat ke (kalau dah kawen), tak pun bagi diorang rasa dihargai. Diorang ni sangat suka bila hasil kerja atau diri diorang dihargai.

8. Arkitek/Urban Planner ni sempoi !

Bukti: Diorang ni tahu bila nak dressing dengan kemas macam orang-orang korporat tu masa waktu bekerja. Bila waktu biasa-biasa, dressing diorang ni sangat lah sempoi. Diorang ni gemar bereksperimental dengan design dan punya style tersendiri. Pakai apa pun memang smart lah !

Kelebihan: Boleh adapt dengan apa situasi pun. Nak pergi dinner boleh, high tea boleh, konsert boleh, kenduri boleh, jalan-jalan pun boleh. Dressing simple tapi style! Dan kalau di universiti, ada yang mengatakan mereka ni nampak macho dan cool kalau serabai waktu tgh busy siapkan projek. Yang perempuan pulak nampak comel je bergaya dengan eyebags.. haha..

9. Secure!

Bukti: Dalam mendesign sesuatu bangunan atau bandar, arkitek/urban planner ni kena pastikan safety first! Kalau x safety bangunan/rumah/kejiranan tak dapat CF (Certificate of Fitness - dokumen rasmi dari local authority utk menyatakan bangunan tertentu selamat dan boleh didiami). Kira sijil layak menduduki la.

Kelebihan: Tak perlu lagi risaukan keselamatan anda, anak-anak anda, rumah anda dan harta benda anda! Pasangan anda kalau dia arkitek, dia telah pun memastikan semuanya design yang selamat. Kalau pasangan anda urban planner pulak, dia ni seorang yang teliti bila nak pilih tempat tinggal/kediaman. Mesti lokasi rumah tu strategik dan ada view yang best serta dekat dengan facilities macam sekolah rendah ke. Senang dan selamat lah anak anda nak ke sekolah. Andai berlaku sebarang kejadian tak diingini, cari je beliau. InsyaAllah beliau akan cool je menghadapinya. "

kesemuanye betul..huhu..kenapa?? x pecaya ke??huhu...kite da merasa da..ni bwu merasa time belajar..lom lagi time da keje..hehehe...bab kata orang, dak2 town planning ni sume brutal2.....hahahaa...kalau bab x tdo malam 2..mmg nohal laa..huhuhu...kalau time present 2..hmmm..kalau x kna hentam ngn lec...mmg x sah..huhu...SABORRR je laa...hehehe....




















2 comments: