Sunday 16 December 2012

Sejarah Penubuhan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenenanjung Malaysia



Sejarah Ringkas Penubuhan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenenanjung Malaysia 
Perkhidmatan Terawal Perancangan Bandar di Tanah Melayu
  • Tahun 1801 - Penubuhan Jawatankuasa Penilai (Committee of Assessors) di Pulau Pinang bagi menjalankan perkhidmatan awal perancangan Bandar. Telah menyusun atur bandar kepada keadaan yang paling sesuai untuk keadaan penduduk.
  • Merupakan rekod-rekod terawal untuk memperkenalkan aktiviti perancangan bandar di negara ini.
     
Keperluan Perkhidmatan Perancangan Bandar
  • Tahun 1912 - W.F. Nutt memohon Majlis Persekutuan (Federal Council) Negeri-negeri Melayu Bersekutu (F.M.S) mengambil tindakan terhadap pembangunan dan perluasan perbandaran yang tidak terancang.
  • Tahun 1913 - Satu perundangan perancangan bandar disediakan supaya bandar tersebut dapat disusun aturkan mengikut kawasan perkedaian dan lain-lain aktiviti (Federal Council), 1913) di Kuala Lumpur. E.L. Brockman (Chief Secretary) telah mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Perancang Bandar yang berkuatkuasa bagi kawasan Kuala Lumpur dengan bertujuan untuk menjalankan perkhidmatan perancangan bandar.
     
Detik Permulaan
  • 3 September 1920 - Kerajaan British di Tanah Melayu memohon supaya Government Town Planner, Charles Reade dari Kerajaan Australia Selatan datang ke Tanah Melayu 18 Januari 1921 - Pejabat pertama terletak di bangunan Secretariat, Kuala Lumpur Dari 1921 hingga 1927 Reade telah dibantu oleh pegawai-pegawai Juru Ukur dan Jurutera Awam yang dipinjam dari Jabatan Ukur dan Jabatan Kerja Raya. Pegawai Tadbir dari Pejabat Tanah juga telah dilibatkan dalam mentadbir aktiviti perancangan semula dan agihan lot sebagai Town Planning Administrator. Tahun 1923 - Penggubalan Enakmen Perancangan Bandar yang memperkenalkan General Town Plans dan menjalankan aktiviti penyusunan semula lot-lot (replanning and redistribution) di Kuala Lumpur dan di beberapa pekan di F.M.S. Susunatur bandar baru pertama telah disediakan di Kuala Kubu Baru pada tahun 1924 bagi menempatkan semula pekan lama di Ampang Pechah yang sering dilanda banjir.Enakmen Perancang Bandar 1927 telah digubal mengganti Enakmen 1923 di mana Jawatankuasa Perancang Bandar telah dimansuhkan dan aktiviti perancangan telah diperkukuhkan Pada penghujung tahun 1929, jabatan telah mempunyai lima pegawai perancang bertauliah dari Britain dan ditempatkan di F.M.S. Dengan persaraan Reade pada 1929, R.P Davis menjadi ketua jabatan. Semua pegawai perancang bandar telah ditamatkan perkhidmatan.
  • Tahun 1933 - Khidmat Perancangan berpusat di Kuala Lumpur di mana tugas-tugas perancangan hanya meliputi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
     
Perang Dunia Kedua
  • Tahun 1941 jabatan terpaksa ditutup akibat Perang Dunia Kedua dan dibuka semula di bawah pentadbiran Jepun.
  • Dibuka semula pada 3 Mei 1944 sebagai sebahagian daripada Jabatan Kerja Raya sehingga T.H.H. Hancock seorang Arkitek dan Jururancang, tiba pada September 1946.
     
Selepas Perang Dunia Kedua
  • Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, aktiviti jabatan diperluaskan merangkumi kawasan-kawasan Lembaga Bandaran dan Majlis Bandaran di dalam Malayan Union dan jawatan pegawai perancang dikenali sebagai Pegawai Perancang Bandar Malayan Union.Selepas T.H.H. Hancock, T.A.L Concannon telah mengambil alih dan di antara tahun 1955 hingga 1956 beliau telah menubuhkan tiga pejabat wilayah iaitu di Johor Bahru, Ipoh dan di Pulau Pinang. Pejabat di Kuala Lumpur kekal sebagai ibu pejabat di samping menjalankan tugas-tugas perancangan bagi Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
  • Pelan susun atur perumahan FELDA dan bandar baru Petaling Jaya diletak di bawah penyeliaan T.A.L. Concannon sehingga seorang jurutera kanan diperolehi pada penghujung tahun 1954 iaitu Francis McWilliams (yang kemudiannya menjadi Datuk Bandar London dari 1992-1993).

Selepas Merdeka

Sistem perkhidmatan perancangan telah dijalankan berdasar kepada dua peringkat iaitu Persekutuan dan Negeri di bawah "senarai bersama" (concurrent list) Perlembagaan Persekutuan. Selaras dengan ini, organisasi jabatan telah disusun semula dengan mengadakan pejabat-pejabat di peringkat negeri di seluruh Semenanjung Malaysia. Ini telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 1958. Dato' Rosli Buyong menjadi Ketua Pengarah pada tahun 1970. Unit Landskap ditubuhkan pada tahun 1981 (kemudian menjadi Jabatan Landskap Negara pada tahun 1996).Tahun 1990an

Dato' (Prof.) Zainuddin Muhammad menjadi Ketua Pengarah pada tahun 1993. Rancangan tempatan rancak disediakan oleh pejabat-pejabat cawangan rancangan pembangunan. Pelan Susunatur Putrajaya dan Cyberjaya telah dirancang pada awal tahun 90an. Pindaan Akta Perancangan Bandar dan Desa telah dibuat menyentuh aspek-aspek pemeliharaan alam sekitar, fizikal, topografi, landskap dan pemeliharaan pokok (Akta A933) dan Akta Perancangan Bandar (Akta 538) juga digubal untuk mengawal mutu profesionalisme para pengamal perancang bandar. Pada tahun 1990an tumpuan juga diberikan kepada perancangan mampan melalui penyediaan Doktrin Perancangan Sejagat dan juga pelbagai Garis Panduan Perancangan bagi rujukan dan panduan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Perancangan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar (KSAS) telah dijalankan melalui pewujudan garis panduan Kawasan Sensitif Alam Sekitar. Negeri Selangor telah mempelopori dengan mengambil inisiatif dengan melaksanakan Agenda 21, Strategi Pembangunan Mampan Selangor. Teknologi Sistem Maklumat Geografi (GIS) telah diterapkan dalam penyediaan rancangan pemajuan. Penyelidikan indikator bandar mampan melalui program Malaysia Urban Indicator Network (MURNInet) telah dijalankan pada penghujung 90an dan diperkembangkan pada tahun-tahun berikutnya.

Tahun 2000 dan seterusnya... 

Dato' Wan Mohamad Mukhtar Mohd. Nor dilantik menjadi Ketua Pengarah pada tahun 2001. Pada tahun 2001, Akta Perancang Bandar telah dipinda bagi mengimbangi kuasa kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri dalam hal ehwal perancangan bandar dan desa. Antara perkara baru ialah kewujudan Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN), Jawatankuasa Perancang Wilayah, Rancangan Fizikal Negara, kewajipan untuk berunding, nasihat MPFN tentang
a. pembangunan bandar baru lebih dari 10 000 penduduk atau lebih dari 100 hektar
b. pembangunan di puncak atau lereng bukit dalam kawasan sensitif alam sekitar, dan
c. pembinaan apa-apa infrastruktur atau kemudahan utama. Rekabentuk dan penilaian opsyen-opsyen pembangunan telah dilaksanakan menggunakan teknik-teknik sains pemutusan (decision science) dan GIS. Contoh teknik ialah multi-criteria decision making (MCDM).

Ringkasan kronologi penubuhan jabatan dan perundangan perancangan

Tahun Penubuhan jabatan dan perundangan perancangan

1921 - Jabatan Perancang Bandar di Kuala Lumpur ( 18 Januari 1921 )
1923 - Enakmen Perancang Bandar
1925 - Cawangan Jabatan Perancangan Bandar di Ipoh (16 Februari 1925 )
1927 - Enakmen Perancang Bandar (ganti 1923)
1937 - Enakmen Lembaga Bandaran (CAP 137)
1947 - Perang Dunia Kedua, semua pejabat ditutup
1956 - Pejabat-pejabat wilayah di Johor Bahru, Ipoh dan Pulau Pinang

Tahun Penubuhan JPBD Negeri selepas merdeka

1958 - Negeri Perak
1958 - Negeri Johor
1958 - Negeri Selangor
1959 - Negeri P.Pinang
1960 - Negeri Pahang
1963 - Negeri Kelantan
1965 - Negeri Kedah
1969 - Negeri Terengganu
1974 - Unit Perancangan Bandar-Bandar Baru di Kuantan
1976 - Akta Perancangan Bandar dan Desa
1977 - Negeri Melaka
1978 - Negeri Perlis
1981 - Unit Landskap ditubuhkan di Ibu Pejabat
1987 - Pejabat-Pejabat Caw. Rancangan Pemb. di Alor Setar, Kuala Lumpur, Melaka dan Kuantan
1990 - Bhg. Penyelarasan dan Pengawasan Taman-Taman Awam ditubuhkan di Ibu Pejabat
1995 - Akta Perancang Bandar (Akta 538)
1996 - Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta A933)
1996 - Jabatan Landskap Negara
2001 - Akta Perancangan Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta A1129) 


sumber : http://www.townplan.gov.my/devo/content.php?ID=18

Wednesday 12 December 2012

Islam



Islam adalah agama da’wah, agama yang menuntut setiap kaum muslim baik 
laki-laki maupun perempuan untuk melakukan aktivitas da’wah, yakni menyerukan  alma’ruf
(kebaikan) dan mencegah  al-munkar(kemungkaran) sebagaimana disebutkan 
dalam firman Alloh surat Ali ‘Imron(3) ayat 110:

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang 
ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Alloh. Sekiranya Ahli 
Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, 
dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” 

Masuknya agama Islam ke wilayah Nusantara sebagai sebuah risalah hidup 
yang memiliki corak dan warna kehidupan yang khas yang diemban oleh pengemban 
da’wah yang memiliki kesadaran penuh atas amanah Alloh yang dibebankan kepada 
setiap muslim merupakan awal penyebaran dan perkembangan risalah Islam di wilayah 
Nusantara. Penyebaran dan perkembangan Islam di Nusantara terjadi melalui sistem 
perdagangan yang dimana para pedagangnya juga berperan sebagai pengemban 
da’wah Islam, serta peran aktif kekhilafahan Utsmany yang mengirimkan para 
pengemban da’wah untuk masuk ke Nusantara, sehingga pengaruh risalah Islam 
menyebar luas ke seluruh Nusantara. 

Meluas dengan cepatnya risalah Islam di Nusantara yang diemban oleh para 
pengemban da’wah dikarenakan penggunaan ushlub(teknik) penyebaran Islam melalui 
pendekatan kebudayaan lokal, sehingga teknik-teknik yang digunakan sangatlah 
berbeda-beda antara pengemban da’wah yang satu dengan yang lain mengingat amat 
sangat beraneka ragamnya budaya lokal yang menyebar di wilayah Nusantara. 
Sehingga perlulah teknik-teknik penyebaran risalah Islam yang dilakukan oleh 
pengemban da’wah di setiap wilayah di Nusantara dapat dijadikan referensi untuk 
melanjutkan menyebarkan dan mengembangkan risalah Islam dikemudian hari bagi pengemban da’wah masa kini. 
Maka perlulah referensi tentang teknik penyebaran Islam 
ini diketahui dan dipelajari oleh muslim untuk dilanjutkan dalam penerapannya. 
Jadi, berdasarkan paparan di atas, Museum Sejarah Islam-lah yang menjadi 
pilihan judul objek rancangan tugas akhir, namun karena sejarah Islam sangatlah 
banyak cakupan bahasannya maka spesifikasi yang dipilih ialah Nusantara, sehingga 
judul tugas akhir yang menjadi pilihan ialah “Museum Sejarah Islam Nusantara”.

Rumusan Permasalahan
Kurangnya informasi tentang teknik pendekatan guna penyebaran risalah Islam 
dengan cita rasa ke-lokalitas-an yang sangat inspiratif dalam penyebarannya, diyakini 
sangat dibutuhkan guna kemudahan dalam pesebaran risalah islam di Nusantara.

Lingkup Layanan dan Misi
Objek yang akan diberikan berupa informasi referensial terkait teknik penyebaran 
risalah Islam di Nusantara serta perkembanganya. Adapun spesifikasi/penitik-beratan 
objek penekanannya ialah pada risalah Islam yang diemban dan disebar-luaskan oleh 
wali songo serta pengaruhnya di wilayah Nusantara. Mengapa wali songo?, karena 
diantara wali-wali yang tersebar di wilayah Nusantara yang memiliki pengaruh besar 
ialah risalah Islam yang diemban oleh wali songo melalui teknik penyebarannya. 
Sehingga lingkup pemberian(memamerkan, mengajarkan) referensi objek berkisar 
antara sembilan wali(wali songo). Adapun teknis pemberian informasi referensial berupa 
pameran maupun pengajaran ialah sebagaimana berikut:

Objek Pamer
Objek pamer yang diberikan bersifat  intangible(tak teraga) namun 
tangible(teraga) yaitu teknik penyebaran risalah Islam melalui tulisan pada buku, 
sehingga risalah Islamnya berupa intangible(tak teraga) dan teknik penyebarannya 
yang tertulis pada buku dengan bahasa lokal merupakan tangible(teraga)nya.

Objek Ajar
Objek yang diajarkan ialah risalah Islam itu sendiri, yang diberikan kepada 
pengunjung yang antusias dengan Islam dan antusias dalam melanjutkan da’wah 
para wali. Sehingga yang museum tidak hanya berfungsi sebagai tempat 
menyimpan dan memamerkan ”fosil-fosil” sejarah, namun menjadi referensi untuk mengungkap jati diri 
sebagai seorang pengemban da’wah yang memang menjadi 
amanah yang dibebankan oleh Alloh terhadap seluruh kaum muslim dan mengenal 
erat budaya dan karakter budaya lokal yang ditempati sekarang guna 
mempermudah melanjutkan da’wah Islam melalui pendekatan lokal. Dan dititik inilah 
yang menjadi pembeda antara Museum Sejarah Islam Nusantara dengan museum yang ada saat ini. 

Batasan Skala Layanan
Lingkup pengunjung tidak hanya melingkupi masyarakat muslim saja, namun 
melingkupi seluruh masyarakat yang antusias dengan perkembangan Islam di 
Nusantara, karena risalah Islam tidak hanya disampaikan kepada muslim saja namun 
juga masyarakat non-muslim.

sumber : http://digilib.its.ac.id/public/ITS-Undergraduate-10737-Chapter1.pdff

Tuesday 11 December 2012

Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar



1.0 PENDAHULUAN.
Perancangan dalam konteks perancangan bandar boleh diertikan sebagai persembahan fizikal tentang sesuatu seperti peta lukisan dan lain-lain. Selain daripada itu ianya juga boleh dimaksudkan kaedah untuk melakukan sesuatu ataupun penyusunan yang teratur untuk mencapai sesuatu objktif. Perancangan bandar adalah merupakan proses menyusun atur sesuatu kawasan berdasarkan kepada rancangan Pemajuan yang disediakan di sampig kawalan ke atas proses pembangunan. Di sektor awam pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan proses perancangan ini adalah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, Jabatan Perancangan Bandar dan desa Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar Kerajaan Tempatan Berkenaan. Di Malaysia, sistem kerajaan yang di amalkan adalah merupakan sistem federalisme di mana ianya mengandungi tiga peringkat. Peringkat peringkat tersebut masing-masing memainkan peranan penting dalam pentadbiraan kerajaan di Malaysia. Peringkat- peringkat tersebut ialah peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri adalah ditubuhkan melalui proses pilihanraya umum. Kerajaan Tempatan selepas Perang Dunia Kedua juga ditubuhkan secara demokratik tetapi oleh kerana kekecohan yang berlaku pada tahun 1960an, Kerajaan Persekutuan telah mansuhkan sistem pilihanraya untuk Kerajaan Tempatan. Kini Kerajaan Tempatan ditubuhkan melalui perlantikan Yang DiPertua dan Ahli-Ahli Majlis oleh Kerajaan Negeri mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976. Setiap peringkat kerajaan mempunyai tanggungjawab dan bidangkuasa masing- masing. Kerajaan Persekutuan misalnya bertanggungjawab ke atas perkara-perkara berkenaan dengan keselamatan negara, dasar luar negeri, cukai pendapatan, Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar, pendidikan dan lain-lain lagi. Tiga tanggungjawab utama Kerajaan Negeri pula ialah perkara-perkara berkenaan dengan tanah, ugama dan kerajaan tempatan. Kesemua tanggungjawab ini adalah ditetapkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Sebelum Akta Perancang Bandar dan Desa (PBD) 1976, kuasa dan perhubungan antara pihak berkuasa-pihak berkuasa berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah tidak dinyatakan dengan jelas dalam undang-undang semasa. Khususnya perhubungan di antara kerajaan-kerajaan negeri dengan pihak berkuasa-pihak berkuasa tempatan begitu rumit sekali pada awal tahun 1960an terutamanya di kawasan-kawasan pihak berkuasa tempatan yang diperintah oleh parti politik yang berlainan daripada parti politik yang menubuhkan kerajaan negeri. Bahagian II (Dasar dan Pentadbiran) Akta PBD 1976 membetulkan kekurangan ini dengan menetapkan tugas dan kuasa setiap pihak berkuasa yang ada urusan terhadap hal ehwal tanah. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

2.0 SISTEM PENTADBIRAN PERANCANGAN BANDAR
 Majlis Negara Kerajaan Tempatan Peringkat Kerajaan Persekutuan Rancangan fizikal Negara - Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Peringkat Kerajaan Negeri Jawatankuasa Perancang Negeri Rancangan Struktur - Negeri. Rancangan Tempatan - Daerah Jabatan Perancangan Bandar dan Rancangan Kawasan - Desa Negeri Khas Pihak Berkuasa Tempatan Peringkat Kerajaan Tempatan Rajah 1.1 : Carta aliran Sistem Perancangan Bandar Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

2.1 Peringkat Kerajaan Persekutuan.
 Dalam sistem perancangan pada peringkat Persekutuan ianya melibatkan aspek penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Segala penerangan berkenaan sistem perancangan pada peringkat ini, ianya akan menjelaskan proses yang terlibat pada setiap peringkat. Proses ini juga akan menerangkan tentang perincian aktiviti-aktiviti pada setiap peringkat dan disamping mengenalpasti agensi- agensi yang berkaitan bagi setiap peringkat.

2.1.1 Penggubalan Dasar
Sesuatu dasar awam akan digubal oleh kerajaan di mana ianya bertujuan untuk menyatakan tujuan dan matlamatnya mengenai sesuatu perkara. Dengan tergubalnya sesuatu dasar maka usaha-usaha perancangan untuk mencapai matlamatnya bolehlah diadakan. Pembentukan dasar-dasar awam negara adalah dilakukan oleh Kabinet. Lantaran daripada itu, salah satu daripada peranan yang penting dimainkan oleh pegawai-pegawai tinggi awam seperti Ketua Setiausaha Negara, Ketua-ketua Setiausaha dan Ketua-ketua Jabatan iaitu untuk memberi nasihat dan membatu Kabinet menggubal dasar-dasar tersebut. Sesuatu dasar awam negara dapat dibentuk melalui salah satu daripada tiga proses. Pertamanya adalah melalui proses dan saluran politik sama ada berikutan daripada arahan Kabinet atau anggota parti berkenaan. Kedua melalui proses pentadbiran terutamanya diperingkat kementerian dan ketiga melalui proses yang melibatkan kedua-dua saluran iaitu politik dan pentadbiran dengan berdasarkan interaksi secara bersepadu melalui Majlis Kebangsaan dan Jawatankuasa-jawatankuasa yang berkaitan. Dasar tersebut akan dibincang dalam mesyuarat Ketua-ketua Setiausaha Kementerian. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar. Sesuatu dasar yang melibatkan Kerajaan Persekutuan dan negeri akan dibincangkan oleh Jawatankuasa-jawatankuasa Khas atau Jawatankuasa Perhubungan Persekutuan dan Negeri atau mesyuarat yang melibatkan menteri- menteri besar atau ketua-ketua menteri atau mesyuarat di kalangan Setiausaha Kerajaan Negeri. Biasanya dasar-dasar penting dikemukan sehingga ke peringkat Majlis Raja-raja untuk mendapatkan pertimbangannya. Selain itu, dasar-dasar kebangsaan mengenai tanah, kewangan, kerajaan tempatan dan agama akan dibincangkan oleh majlis-majlis berkenaan yang ditubuhkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. Majlis-majlis tersebut akan dianggotai oleh wakil-wakil dari kerajaan persekutuan dan negeri. Majlis tersebut termasuklah Majlis Negara Kerajaan Tempatan. a) Majlis Negara Kerajaan Tempatan Menurut Phang Siew Nooi (1989) Majlis Negara Kerajaan Tempatan memainkan peranan sebagai penasihat dan akan membolehkan pertukaran fikiran antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Dasar yang dikeluarkan oleh Majlis Negara ini dianggap perlu kepada wakil-wakilnya. Dasar yang telah dipersetujui dan dikeluarkan mestilah diikuti dan digunapakai. Hanya Sabah dan Sarawak, mengikut Artikel 95E Perlembagaan Persekutuan tidak perlu mematuhi dasar Majlis Negara Kerajaan Tempatan itu sekiranya tidak mahu. Pada tahun 1960, telahpun berlaku dua perkara iaitu, Pertama ialah kelulusan Parlimen terhadap Akta pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 yang memindahkan penyeliaan pilihanraya kerajaan tempatan dari kerajaan negeri, (kecuali di Majlis-majlis Tempatan), kepada suruhanjaya Pilihanaraya. Perkara kedua ialah kelulusan Akta Ibu Kota Persekutaan 1960 yang menjadikan Kuala Lumpur sebagai ibu kota persekutuan. Sehingga tahun 1963, kegiatan kerajaan tempatan telah didapati bukan hanya di bandar sahaja tetapi juga ianya juga terdapat di luar bandar. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar .Berbagai-bagai penguasa tempatan telah wujud di negara ini untuk memenuhi kehendak rakyat di merata-rata tempat. Sehigga kini pentadbiran kerajaan tempatan telah menjadi satu tugas yang kompleks kerana telah wujud struktur penguasa-penguasa tempatan yang berbeza-beza di antara sesebuah kawasan. Pada 25 November 1971, kerajaan persekutuan melalui Majlis Negara telah menetapkan supaya kerajaan tempatan menyusun semula penguasa- penguasa tempatan di negara ini supaya mereka boleh memberi perkhidmatan-perkhidmatan yang lebih baik dan mentadbir dengan cekap. Dengan keputusan ini, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-peruntukan Sementara) 1973 dan Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1973, digubal serta diluluskan oleh Parlimen pada 29 Ogos 1973. Akta-akta ini merupakan banyak erti dan kepentingan kepada perkembangan kerajaan tempatan pada masa hadapan. b) Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian ini memainkan peranan utama dalam beberapa perkara iaitu: Merancang dan melaksanakan dasar dan program Kementerian • Perumahan dan Kerajaan Tempatan sesuai dengan matlamat dasar pembangunan negara. Menyelaras penyediaan perumahan yang mencukupi kepada semua • rakyat terutamanya golongan berpendapatan rendah Mewujudkan pihak berkuasa tempatan yang kukuh dan mampu • menyumbang ke arah mewujudkan masyarakat yang maju dan persekitaran yang selesa dan indah Memberi perkhidmatan pencegahan dan pengawalan kebakaran yang • cekap dan berkesan bagi keselamatan nyawa dan harta benda Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar. Memperkukuhkan dan melaksanakan sistem perancangan fizikal, sosial, • ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa berdasarkan Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 Merancang, menyelaras, melaksana dan mengawalselia pembangunan • landskap seluruh negara Merancang, mengawalselia dan menguatkuasakan semua peraturan • yang berkaitan dengan sektor pembetungan di negara ini mengikut Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508) 2.1.2 Perancangan Perancangan sosioekonomi merupakan suatu usaha untuk mengadakan cara bagi mencapai sesuatu matlamat yang terkandung di dalam dasar-dasar awam dalam suatu tempoh masa yang telah ditetapkan. Setiap agensi kerajaan bertanggungjawab untuk menyediakan perancangan pembangunan masing- masing bagi kedua-dua rancangan tahunan dan Rancangan Lima Tahun. Perancangan yang dibuat oleh agensi-agensi yang terletak di abwah sesyatu kementerian pula akan disatukan untuk menjadi satu perancangan bagi seluruhkementerian. Di peringkat pentadbiran negeri, setiap agensi kerajaan negeri juga bertanggungjawab menyediakan rancangan masing-masing. Rancangan-rancangan itu akan diteliti dan diperiksa oleh Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) yang bertanggungjawab menyediakan perancangan negeri untuk diluluskan oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan Dewan Undangan Negeri. Rancangan-rancangan tahunan dan lima tahun yang disediakan oleh pihak kementerian dan negeri akan diteliti dan diperiksa oleh Bahagian Perancang Ekonomi (BPE), Jabatan Perdana Menteri dan agensi-agensi yang lain untuk dijadikan satu rancangan pembangunan negara. Draf rancangan itu, akan dibincang di peringkat peagawai dalam Majlis Perancangan dan Pembangunan Negara (MPPN) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar sebelum dibawa ke Majlis Ekonomi Negara (MEN), Kabinet dan seterusnya ke Parlimen. Di bawah aktiviti perancangan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia memainkan peranan penting dalam pelbagai aspek perancangan yang berkesan. Bagi memastikan perancangan kegunaan, pembangunan dan pemeliharaan tanah yang sempurna, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa memainkan peranan melalui fungsi-fungsinya di tiga peringkat iaitu peringkat persekutuan, negeri dan tempatan seperti berikut : a) Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia Peringkat Persekutuan. • Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah, • Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172); • Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisyen melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian perancangan, piawaian dan prosedur perancangan, • Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program penempatan, • Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah, • Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

2.1.3 Pelaksanaan
 Pada peringkat perlaksanaan ini setiap agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyediakan rancangan pembangunan secara automatik ditugaskan untuk melaksanakan rancangan tersebut. Pelaksaan rancangan merupakan kegiatan untuk menjalankan kerja-kerja bagi menyiapkan program atau projek tertentu. Banyak usaha perancangan tertumpu pada peingkat ibu pejabat kementerian, jabatan dan perbadanan awam. Tumpuan kegiatan pelaksanaan pula adalah di peringkat cawangan agensi di negeri, daerah, mukim dan kampung. Sungguhpun demikian ibu pejabat jabatan dan perbadanan awam bertanggungjawab bagi mengawasi segala kegiatan pelaksanaan yang dijalankan oleh cawangan masing-masing. Sekiranya cawangan menghadapi masalah yang tidak dapat diselesaikannya masalah-masalah tersebut akan dikemukakan kepada pihak ibu pejabat. Pada peringkat perlaksanaan ini, antara rancangan pembangunan yang disediakan adalah Rancangan Fizikal Negara. a) Rancangan Fizikal Negara Rancangan Fizikal Negara (RFN) adalah merupakan suatu pernyataan bertulis yang merumuskan dasar-dasar strategik bagi menentukan arah tuju pemajuan fizikal dan pemuliharaan bagi seluruh Semenanjung Malaysia. Rancangan Fizikal Negara telah diluluskan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara pada 26 April 2005. Kelulusan ini bermakna, Rancangan Fizikal Negara kini perlu dijadikan panduan perancangan fizikal dan dilaksanakan di peringkat persekutuan dan negeri di seluruh Semenanjung Malaysia, dan seterusnya: Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar .Dasar-dasar Rancangan Fizikal Negara perlu diselaraskan dengan dasar- • dasar sektoral lain yang berkaitan. Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu diperincikan di • peringkat Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan bagi menjadi asas pembangunan semua negeri, dan Cadangan-cadangan Rancangan Fizikal Negara perlu dijadikan panduan • oleh agensi persekutuan dan negeri dalam pembentukan program dan projek Rancangan Malaysia Lima Tahun. Rancangan Fizikal Negara berfungsi dalam mengukuhkan perancangan negara melalui dimensi reruang dalam polisi ekonomi negara, menyelaras agensi sektoral melalui penyediaan peruntukan reruang dalam polisi sektoral, membentuk rangka kerja untuk perancangan di peringkat negeri dan tempatan dan membentuk polisi perancangan fizikal. Selain daripada itu antara tema Rancangan Fizikal Negara ialah : Pembentukan kerangka spatial negara. • Peningkatan daya saing ekonomi negara. Pemodenan sektor pertanian. • Pengukuhan pembangunan pelancongan. Pengurusan petempatan manusia. Pemuliharaan sumber semulajadi dan alam sekitar. Penyepaduan rangkaian pengangkutan negara. Penyediaan infrastruktur yang bersesuaian • Rancangan Fizikal Negara hendaklah dikaji semula setiap lima tahun seiring dengan kajian semula Rancangan Pembangunan Lima Tahun Negara, atau jika dan apabila diarahkan oleh Majlis Perancang Fizikal Negara. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 10

2.1.4 Penyelarasan
 Peringkat ini adalah merupakan peringkat yang penting yang dapat menentukan kejayaan dan kegagalan sesuatu program yang dilaksanakan oleh kerajaan. Penyelerasan adalah kegiatan yang bertujuan untuk mengadakan perhubungan dan pertalian yang licin antara pelbagai agensi yang terlibat di dalam pelaksanaan sesuatu program dan projek pembangunan. Diperingkat negeri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri dan pegawai utama negeri yang lain akan menjalankan penyelarasan ke atas cawangan agensi-agensi persekutuan dengan mengadakan perhubungan dan kerjasama yang rapat. 2.1.5 Penilaian Aspek ini adalah perlu untuk mengetahui kesan pelaksaan sesuatu program atau projek pembangunan terhadap golongan masyarakat yang menjadi sasaran. Semua kesan ini perlu diketahui untuk membolehkan pegawai perancang mengadakan perancangan yang lebih baik untuk menjamin kejayaan yang lebih besar bagi projek-projek kerajaan yang akan datang. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

2.2 Peringkat Kerajaan Negeri
 Dalam sistem perancangan di peringkat negeri ianya adalah serupa dengan sistem yang terdapat di peringkat persekutuan di mana ianya melibatkan aspek penggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Adalah menjadi kebiasaan bahawa pihak kerajaan negeri mengambilkira dasar-dasar yang wujud di peringkat persekutuan sebelum sesuatu dasar negeri dibentuk. Dalam konteks ini, Dasar Ekonomi Baru merupakan asas yang penting yang menjadi panduan utama pembentukan dasar peringkat negeri. Pembentukan dasar-dasar awam negeri dilakukan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang para anggotanya terdiri daripada ahli-ahli Dewan Undangan Negeri serta dibantu oleh beberapa orang pegawai kanan kerajaan, iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri. Namun begitu sebelum sesuatu dasar itu dibentuk, Kerajaan Negeri juga menubuhkan jawatankuasa-jawatankuasa tertentu untuk mengkaji sesuatu dasar sebelum dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Untuk rancangan lima tahun, Unit Perancang Ekonomi, di Jabatan Perdana Menteri merupakan penggerak utama yang mengambil inisiatif mengumpulkan maklumat- maklumat yang dikehendaki dari semua negeri. Unit ini akan menghubungi semua Kerajaan Negeri melalui Setiausaha Kerajaan Negeri dan memberitahu bahawa tiap-tiap negeri supaya menyediakan kertas-kertas tertentu bagi menyatakan projek-projek pembangunan dan keperluan-keperluan lain yang perlu dimasukkan ke dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun itu. Di peringkat Negeri pula, setiausaha Kerajaan Negeri akan memberi arahan kepada semua Pegawai Daerah bagi negeri itu supaya membuat rundingan dan mengemukakan projek-projek pembangunan yang dikehendaki dalam sesebuah daerah atau jajahan. Di peringkat Daerah pula, pegawai daerah selaku Pegerusi Jawatankuasa Pembangunan dan tindakan Daerah dan Jawatankuasa Kerja Perancangan Daerah akan meminta setiap ketua jabatan yang ada diperingkat daerah supaya supaya mengemukakan projek-projek pembangunan sebagai projek jabatan itu. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar, Pada lazimnya, sesebuah jabatan itu akan mengemukakan kertas kerja untuk menyebutkan projek-projek yang dikehendaki, anggaran harganya dan tempat pembinaannya. Kertas kerja yang disiapkan itu akan dibincangkan oleh ketua-ketua jabatan dan pegawai daerah yang semuanya menjadi ahli kepada kedua-dua jawatankuasa tersebut. Segala keputusan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan dan kertas kerja yang berkaitan akan diserahkan kepada Pegawai Kemajuan Negeri. Pegawai Kemajuan Negeri seterusnya akan meneliti semula perakuan-perakuan yang diperolehi daripada semua daerah dan akan membawanya ke dalam perbincangan yang akan diadakan di peringkat negeri. Badan peringkat negeri yang akan membincangkan permohonan projek-projek itu ialah, Jawatankuasa Pembangunan Negeri yang mempengerusikan oleh Menteri Besar Besar atau Ketua Menteri. Setiausaha Kerajaan Negeri berfungsi selaku Timbalan Pengerusi dan Pegawai Kemajuan Negeri pula menjadi setaiusaha jawatankuasa tersebut. Ketua-ketua Jabatan di peringkat negeri serta beberapa orang wakil rakyat menjadi anggota jawatankuasa ini. Segala perakuan mengenai pembangunan di peringkat negeri itu akan diserahkan kepada Perbendaharaan dan Unit Penyelarasan Perlaksanaan, Jabatan Perdana Menteri. Pendekatan perancangan yang kerap diamalkan ialah perancangan dari bawah iaitu bahawa rakyat melalui wakil rakyat, ketua kampung dan pegawai di peringkat daerah, diberi peluang mengemukakan kehendak pembangunan yang sesuai dengan keperluan daerah. Perakuan menyeluruh yang menyatupadukan kehendak-kehendak itu akan dikemukakan pula ke peringkat persekutuan iaitu kepada Bahagian Perancang Ekonomi. Walaubagaimanapun, mengikut amalannya, kedua-dua pendekatan perancangan dari bawah dan perancangan dari atas di amalkan di negara ini. Ini bermakna kedua-dua peringkat kerajaan persekutuan dan negeri memainkan peranan penting dalam perancangan dan pembangunan sesebuah negeri itu. Di peringkat negeri, kerajaan negeri dapat menentukan daerah atau wilayah manakah di dalam sesuatu negeri itu yang patut diberi keutamaan berdasarkan kepada kedudukan mundur majunya sesebuah daerah itu. Di peringkat negeri, Kerajaan Negeri dapat menentukan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar daerah atau wilayah yang patut dan sesuai menerima sesuatu projek pembangunan tertentu dengan mengambilkira kepentingan negara sebagai asas untuk perancangan. 2.2.1 Jawatankuasa Perancang Negeri Apabila Akta PBD 1976 diterimapakai di sesebuah negeri, suatu Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) hendaklah ditubuhkan (s. 4(1)). JPN mengandungi anggota-anggota berikut: i. Pengerusi (Mentri Besar atau Ketua Menteri negeri tertentu); ii. Timbalan Pengerusi (seorang Ahli Majlis Mesyuarat Negeri, EXCO yang dilantik oleh PBN); iii. Setiausaha Kerajaan Negeri; iv. Pengarah Perancang Bandar dan Desa Negeri (yang menjadi Setiausaha JPN); v. Pengarah Tanah dan Galian Negeri; vi. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri atau pegawai yang bertanggungjawab jika tiada jawatan pengarah negeri; vii. Pengarah Kerja Raya Negeri; viii. Penasihat Undang-Undang Negeri; ix. Pegawai Kewangan Negeri; x. Pegawai Kemajuan Negeri; xi. Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri; xii. tidak lebih dari 4 ahli lain yang dilantik oleh PBN. Ahli-ahli (ix) hingga (xi) telah ditambahkan melalui Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995. Sekurang-kurangnya 2 Ahli JPN adalah Ahli EXCO, iaitu ahli politik yang telah bertanding dan menang dalam pilihanraya umum. Sembilan Ahli JPN adalah pegawai kerajaan. Empat ahli lain boleh dilantik atas budibicara Pihakberkuasa Negeri. Jelaslah bahawa keanggotaan JPN berat sebelah kepada pegawai-pegawai perkhidmatan awam peringkat negeri. Akta PBD 1976 tidak menyatakan bagaimana JPN patut bertindak atau membuat keputusan. Andaiannya ialah setiap ahli mempunyai kuasa yang sama dan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar mengikut amalan biasa JPN akan membuat keputusan melalui konsensus atau secara mengundi. Sebagai perbandingan, Pengerusi Lembaga Rayuan yang ditubuhkan di bawah Akta PBD 1976 mempunyai kuasa luarbiasa dan boleh membuat keputusan yang bertentangan dengan pendapat ahli-ahli lain. Bidang kuasa setiap JPN terhad kepada kawasan negeri masing-masing. Jelaslah wujudnya suatu kuasa berasingan untuk perancangan diperingkat negeri. Perhatikan bahawa cadangan asal dalam draf Akta Perancangan Bandar dan Desa 1972 ialah penubuhan suatu Pihak Berkuasa Perancangan Negeri dengan Pengerusi yang tidak semestinya Menteri Besar atau Ketua Menteri.. Secara bandingan, kuasa perancangan di peringkat tempatan telah dikekalkan dengan pihak berkuasa tempatan. a) Tugas Jawatankuasa Perancang Negeri Berdasarkan Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (s.4(3)) tugas-tuga JPN ini ialah : menggalakkan pemeliharaan, penggunaan dan pemajuan tanah; • menasihatkan Kerajaan Negeri mengenai perkara dalam (i) di atas; dan • mengusaha, membantu dan menggalakkan maklumat dan metodologi • berhubung dengan perancangan bandar. b) Kuasa Jawatankuasa Perancang Negeri memberi arahan kepada pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) • dan arahan itu mesti dipatuhi (s. 4(5)); mengarahkan supaya diadakan suatu penyiasatan atau pendengaran • tempatan (s. 4(7)); tugas-tugas lain untuk melaksanakan Akta PBD 1976 (s. 4(6)). • Peruntukan ini amat luas. Misalnya, JPN nampaknya boleh peruntukan ini untuk menjalankan suatu kajian dan seterusnya sediakan sesuatu Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar. Rancangan Pembangunan untuk peringkat Negeri dan rancangan ini dijadikan dokumen yang mengandungi dasar negeri untuk pemajuan tanah. Kekurangannya ialah proses quot;perancanganquot; itu mungkin tertutup dan tidak terbuka untuk menelitian dan penyertaan awam. Rancangan Pembangunan Negeri ini juga mungkin diklasifikasikan sebagai SULIT ataupun tidak dibuka untuk pemeriksaan orang ramai. c) Rancangan Pemajuan Untuk memastikan bahawa PBPT mematuhi dasar kerajaan negeri bagi penggunaan tanah, JPN boleh : menetapkan tempoh masa untuk PBPT menyediakan draf rancangan • struktur (s. 8(1)), mengarahkan pemeriksaan baru dijalankan (s. 7(2)), iaitu sebagai asas • untuk mengkaji semula rancangan struktur yang telah diluluskan, meluluskan, menolak, atau mengubahsuaikan draf rancangan struktur (s. • 10(1)) yang dikemukakan kepada JPN untuk kelulusan, mengarahkan perubahan kepada rancangan struktur yang telah • diluluskan dan berkuatkuasa (s. 11(1)). mengarahkan PBPT menyediakan rancangan tempatan (s. 12(6) & (8)) • walaupun penyediaan rancangan tempatan tidak diwajibkan dan boleh disediakan atas budibicara PBPT. Dalam hal ini, JPN perlu bincang arahan ini dengan PBPT berkenaan terlebih dahulu. mengarahkan PBPT mengubah, memansuh, menggantikan rancangan • tempatan (s. 16(2)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

2.2.2 Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Negeri adalah berbeza mengikut negeri tertentu, jabatan ini juga bertanggungjawab dalam menyediakan Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas. Antara fungsi jabatan ini adalah; Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri dalam semua hal perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah; Berfungsi sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri  yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976 (Akta 172), Menasihati Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan dasar dan  kawalan perancangan tanah dan bangunan, Bertindak sebagai penasihat kepada pihak berkuasa tempatan mengenai  perancangan bandar dan desa, serta pemajuan dan penggunaan tanah Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal  selia ke atas pelaksanaan rancangan pemajuan; Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan  kerajaan negeri; dan Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan  pembangunan tanah. Melaksana dan menyelaras penyeragaman pelaksanaan sepenuhnya  Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 ( Akta 172 ) di semua pihak berkuasa perancang tempatan. Melaksana dan menyelaras penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu  Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas serta kajian/projek khas sama ada yang diarahkan atau atas inisiatif jabatan, Menjalankan fungsi Urusetia Lembaga Rayuan,  Memberi khidmat nasihat kepada jabatan / agensi lain mengenai  perancangan bandar dan desa. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

i) Rancangan Struktur Rancangan struktur merupakan sistem perancangan diperingkat negeri yang mana
ianya mengandungi suatu pernyataan bertulis yang menerangkan dasar dan cadangan-cadangan strategik
negeri berkenaan dengan pemajuan dan penggunaan tanah dalam kawasan bandar dan desa,
termasuklah langkah- langkah untuk.; Memperelokkan lagi alam sekitar dari segi fizikal; 
Memperelokkan lagi perhubungan dan untuk menguruskan lalulintas;  Pembaikan tahap sosio-ekonomi 
penggalakkan pertumbuhan ekonomi;  Mempertingkatkan perancangan luar bandar dan rancangan desa;
dan  Memudahkan pembangunan secara mampan.  Kaedah penyediaannya juga adalah berdasarkan
kepada peruntukan Seksyen 8, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976(Akta 172) dan Akta
Pindaan 2001 (Akta A 1129), RS juga hendaklah mengandungi gambar rajah, gambaran-gambaran dan
lakaran-lakaran yang sesuai untuk menjelaskan dasar-dasar atau cadangan- cadangan yang
dikemukakan. Antara fungsi Rancangan Struktur ialah; Mentafsirkan dasar negara dan wilayah 
Menentukan matlamat, polisi dan cadangan umum  Menyediakan rangka kerja untuk penyediaan RT 
Menyediakan garis panduan untuk kawalan pembangunan  Menyediakan asas untuk penyelarasan segala
keputusan • Menyediakan asas panduan dan menggalakkan pembangunan  Membentang isu-isu dan
keputusan-keputusan.  Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar . Seranta Dan Draf Asas Rujukan
Bantahan Awam Rancangan Struktur Negeri Laporan awal Laporan Bantahan Pewartaan Awam
Rancangan Struktur Negeri Laporan Perwakilan Laporan Teknikel Awam Rundingan Dengan Majlis
Perancangan Fizikal negara Kelulusan Draf Laporan Seranta dan Rancangan Pemeriksaan Perwakilan
Awam Struktur Negeri Rajah 1.2 : Kaedah Penyediaan Rancangan Struktur Negeri b) Rancangan
Tempatan Daerah. Rancangan Tempatan(RT) adalah merupakan satu dokumen penerangan yang mana
ianya mengandungi Peta cadangan dan pernyataan bertulis beserta Garis Panduan Perlaksanaan ianya 
juga merupakan satu dokumen rasmi yang mentafsirkan dasar-dasar dan cadangan-cadangan umum 
yang terkandung di dalam RS kepada bentuk fizikal yang lebih terperinci dan praktikal. Rancangan 
Tempatan di sediakan bagi kawasan-kawasan yang dikenalpasti di dalam kawasan Pihak Berkuasa
Tempatan. Ia merupakan pelan terperinci yang menterjemahkan polisi-polisi dan cadangan-cadangan am
yang terkandung dalam Rancangan Struktur. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar .Rancangan
Tempatan ini disediakan mengikut peruntukan Seksyen 12 hingga 16, Akta Perancangan Bandar dan
Desa 1976 (Akta 172) oleh Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan (PBPT) Antara fungsi Rancangan
Tempatan ini adalah; Melaksanakan serta menterjemah strategi yang telah digariskan oleh  Rancangan
Struktur Negeri dengan lebih terperinci. Memperincikan dasar kawalan perancangan bandar sebagai
panduan  pembangunan. Menyediakan garis panduan bagi kawalan pembangunan. Pelan-pelan 
tempatan akan menjadi garis panduan bagi urusan mengatur dan mengawal pembangunan di kawasan
yang diliputi oleh pelan-pelan tersebut. Dasar-dasar dan cadangan dalam RT akan digunakan sebagai
asas  untuk menyelaraskan keputusan-keputusan, aturcara pembangunan, perbelanjaan awam dan
persendirian terhadap kawasan yang diliputi oleh RT. Mengemukakan isu-isu dan cadangan yang
terperinci kepada orang  awam. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

 RANCANGAN STRUKTUR PENGUBAHAN DAN PENGGANTIAN
Pernyataan dasar dan cadangan am Setiap lima tahun/ bila-bila masa pemajuan dan penggunaan tanah. sekiranya perlu.

SERANTA AWAL RANCANGAN TEMPATAN MEWARTAKAN RT
 Mendapatkan maklumbalas dari orang Pihak Berkuasa Perancang Tempatan ramai mengenai objektif, tujuan dan diberitahu dan Pihak Berkuasa Negri perkara lain yang akan dicadangkan akan menyiarkannya di dalam warta dalam RT negeri.


RANCANGAN TEMPATAN
 Mengandungi suatu Peta Cadangan dan Pernyataan Bertulis yang menepati dasar/

KELULUSAN DRAF RANCANGAN
 cadangan Rancangan Struktur Negeri. TEMPATAN Oleh Jawatankuasa Perancang Negeri dengan mengambilkira bantahan dan rayuan hasil siasatan Jawatankuasa Penyiasatan dan Perbicaraan Awam.

SERANTA DRAF RANCANGAN TEMPATAN
 Pameran diadakan selama sebulan bagi membolehkan orang ramai

PENYIASATAN DAN PERBICARAAN
 membuat bantahan mengenai Penyiasatan tempatan atau kandungan Rancangan Tempatan perbicaraan awam Rajah 1.3 : Kaedah Penyediaan Rancangan Tempatan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

c) Rancangan Kawasan Khas. Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah merupakan satu pelan cadangan terperinci yang mana terdahulunya ianya dikenali sebagai Pelan Tindakan RKK mengandungi cadangan bagi memaju, memajukan semula, memperelok, memulihara dan menguruskan keseluruhan atau sebahagian kawasan tersebut. Penyediaan RKK adalah bertujuan untuk penyelesaian kepada masalah setempat secara sistematik serta panduan bagi membangunkan kawasan dengan lebih cekap Selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), penyediaan RKK adalah salah satu Rancangan Pemajuan yang memperincikan tindakan pembangunan setiap lot. Rancangan Pemajuan pada peringkat yang lebih tinggi telah menformulasi dasar dan garis panduan pembangunan bagi sesuatu kawasan. RKK pula berfungsi menterjemahkan pembangunan secara terperinci dan tepat di dalam bentuk spatial ke atas lot-lot tanah yang berkenaan. Berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 16B, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), kaedah penyediaan Rancangan Tempatan. RKK adalah disediakan diperingkat Pihak Berkuasa Perancangan Tempatan bagi kawasan pentadbirannya. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar
 Mengenalpasti Kawasan Rancangan Kawasan Khas Asas Rujukan Perlantikan Menentukan Jawatankuasa Penyerahan Rancangan Seranta Awal Pembicaraan Awam Tempatan Draf Laporan Rancangan Kawasan Khas Penyiasatan Tempatan Seranta Laporan Draf Rancangan Kawasan Khas Pindaan Laporan Rancangan Kawasan Khas Kelulusan jawatankuasa Perancangan Negeri Pewartaan Rancangan Kawasan Khas (Oleh Kerajaan Negeri) Rajah 1.4 : Kaedah Penyediaan Rancangan Kawasan Khas Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

2.3 Peringkat Kerajaan Tempatan
 Menurut Phang Siew Nooi dalam bukunya yang bertajuk, Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia, hanya Malcolm W. Norris (1980) yang dapat memberi definisi yang lebih tepat iaitu: “kerajaan tempatan dalam konteks Semenanjung Malaysia bermaksud kerajaan di kawasan-kawasan Bandar, luar Bandar atau gabungan kedua-dua kawasan ini dan di bawah kuasa kerajaan negeri masing-masing. Kerajaan tempatan mempunyai kedudukan yang sah dan berdaulat daripada kerajaan tertinggi itu. Kerajaan tempatan ialah peringkat ketiga dalam struktur Persekutuan Malaysia.” Akta PBD 1976 memperuntukkan bahawa taip-taip pihak berkuasa tempatan (kerajaan tempatan) hendaklah menjadi pihak berkuasa perancang tempatan (PBPT) bagi kawasan pihak berkuasa tempatan itu (s. 5(1)). Walaupun ini bermakna pihak berkuasa tempatan secara automatik menjadi PBPT, ada dua tindakan yang perlu diambil sebelum peruntukan ini berkuatkuasa. Pertama, Yang Di Pertua dan Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantik terlebih dahulu oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengikut s. 10(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Kedua, PBN hendaklah menetapkan kawasan-kawasan PBPT yang akan menerima-pakai Akta PBD 1976. Dengan tindakan-tindakan ini, Yang Di Pertua (atau Datuk Bandar) bersama Ahli-Ahli Majlis pihak berkuasa tempatan juga akan menjadi anggota pihak berkuasa perancang tempatan. PBN boleh mengistiharkan mana-mana kawasan yang tidak menjadi sebahagian daripada kawasan mana-mana PBPT sebagai suatu kawasan pihak berkuasa perancang tempatan (s. 5(2)). Di kawasan-kawasan ini, PBN boleh melantik seorang atau beberapa orang sebagai PBPT (s. 5(3)). Kuasa ini telah digunakan di Johor Barat dengan perlantikan Pegawai-Pegawai Daerah berkenaan sebagai PBPT untuk kawasan di luar kawasan Majlis-Majlis Bandaran. Kuasa ini juga telah digunakan untuk melantik Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 24
Datuk Zainuddin Mohamed merangkap Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sebagai PBPT untuk Putrajaya (1995/96) yang masih belum dibangunkan (pada masa itu) dan belum mempunyai pihak berkuasa tempatan. Dari segi undang-undang pihak berkuasa tempatan dan PBPT adalah dua badan atau pertubuhan yang berasingan walaupun ia biasa berfungsi dalam suatu jentera pentadbiran yang sama. Misalnya, pihak berkuasa tempatan apabila mengambil tindakan perancangan (seperti mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang) ia bertindak sebagai suatu PBPT bukan sebagai pihak berkuasa tempatan. Di sebaliknya PBPT tidak boleh bertindak sebagai pihak berkuasa tempatan (seperti mengutip cukai, memungut sampah, mengawal kesihatan bandar, dll). Biasanya, PBPT tidak mengambil gelaran yang berasingan tetapi mengguna nama pihak berkuasa tempatan. Contohnya, apabila seseorang memohon kebenaran merancang daripada PBPT Pulau Pinang ia sebenarnya berurus dengan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), iaitu nama pihak berkuasa tempatan untuk Pulau Pinang. Surat kelulusan kebenaran merancang juga disediakan di atas surat resmi MPPP (MPPP letterhead). 

2.3.1 Tugas dan Kuasa PBPT 
Akta PBD 1976 menetapkan dua tugas utama PBPT iaitu, perancangan dan penyebaran maklumat berkenaan dengan perancangan. Disamping itu, PBPT juga wajib menjalankan sebarang tugas yang diarahkan oleh PBN atau JPN. Secara terperinci s. 6(1) Akta PBD 1976 menyatakan bahawa PBPT hendaklah : mengatur, mengawal, dan merancang pemajuan dan penggunaan semua • tanah dan bangunan dalam kawasannya; mengusaha, membantu dan menggalakkan pemungutan, • penyenggaraan, dan penyiaran perangkaan, buletin, dan monograf, dan lain-lain siaran yang berhubung dengan perancangan bandar dan desa dan metodologinya; dan Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar melaksanakan apa-apa tugas lain yang ditanggungkan ke atasnya dari • masa kesemasa oleh Pihak Berkuasa Negeri atau oleh Jawatankuasa Perancang Negeri. PBPT juga perlu sentiasa memberi perhatian kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam surat hakmilik tanah terutamanya apabila mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang. Contohnya, jika kategori hakmilik tanah ialah pertanian, PBPT tidak akan membenarkan pembangunan walaupun rancangan struktur menetapkan bahawa tanah berkenaan boleh dibangunan untuk perumahan atau kegunaan lain yang bertentangan dengan kategori tanah. Pemaju atau pemohon perlu melalui proses tukar syarat (ia itu, ubah kategori kegunaan tanah) dahulu sebelum kebenaran merancang boleh diberi. Di sebaliknya pula, jika PBN telah tukar syarat sesuatu tanah dari pertanian kepada bangunan, PBPT terpaksa anggap ini sebagai penukaran dasar kerajaan negeri yang perlu dipatuhi walaupun tanah tersebut ditunjukkan sebagai kawasan pertanian dalam rancangan struktur yang telah diluluskan oleh JPN. a) Rancangan Pemajuan Akta PBD 1976 juga menyatakan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh PBPT berkenaan dengan rancangan pemajuan, khususnya : Memulakan pemeriksaan terhadap perkara-perkara yang mungkin • menyentuh pemajuan atau perancangan pemajuan (s. 7(1)). Walaupun PBPT hanya dikehendaki menjalankan pemeriksaan di kawasannya ia juga dibenarkan memeriksa kawasan yang berhampiran jika perlu. Pemeriksaan ini menjadi asas untuk perancangan kawasan PBPT. Menyampaikan Laporan Pemeriksaan dan draf rancangan struktur • untuk kelulusan JPN (s. 8(1)). Memberi perhatian kepada dasar sosial dan ekonomi negara dan • negeri semasa membentukkan dasar penggunaan tanah dalam rancangan struktur (s. 8(4)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar 26
Mewartakan penerimaan draf rancangan tempatan dalam WARTA • Negeri dan 2 akhbar (s. 15(4)). Walaupun PBPT tidak perlu mendapat kelulusan JPN bagi rancangan tempatan tetapi ia mesti gazetkan penerimaan sesuatu rancangan tempatan. b) Kawalan Perancangan Kuasa PBPT berkenaan dengan kawalan perancangan diberi melalui s. 19(1) Akta PBD 1976 yang menyatakan bahawa semua orang kecuali PBPT mesti mendapat kebenaran merancang. Permohonan untuk kebenaran merancang hendaklah dibuat kepada PBPT (s. 21(1)). Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

 3.0 KESIMPULAN
 Secara kesimpulannya sistem pentadbiran perancangan bandar adalah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu peringkat kerajaan persekutuan, peringkat kerajaan negeri dan peringkat kerajaan tempatan. Dalam peringkat kerajaan persekutuan ianya mempunyai pelbagai peringkat dan ianya termasuklah peggubalan dasar, perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan penilaian. Antara peringkat jabatan kerajaan yang terletak diperingkat ini ialah Majlis Negara Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Jabatan Perancangan bandar dan Desa Semenanjung Malaysia. Rancangan pemajuan yang terlibat di peringkat ini adalah Rancangan Fizikal Negara. Pada peringkat kerajaan negeri ianya berperanan dalam membuat rancangan pemajuan seperti Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas. Jabatan-jabatan yang terlibat dalam peringkat ini ialah Jawatankuasa Perancang Negeri dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri. Manakala pada peringkat kerajaan tempatan ianya menerangkan kuasa pihak berkuasa perancang tempatan. Di mana pihak berkuasa ini memainkan peranan utama dalam rancangan pemajuan dan kawalan perancangan. Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar

SUMBER RUJUKAN
 1. Ahmad Atory Hussain, Kerajaan Tempatan Teori dan Peranan Di Malaysia.
2. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976(Akta 172), International Law Book Services.
 3. Halmi b. Zainol, Pendahuluan Kepada Perancangan Fizikal, Biroteks Universiti Teknologi Mara, Shah Alam.
 4. Phang Siew Nooi, Sistem Kerajaan Tempatan Di Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.
 5. Malaysia Kita. 6. http://www.townplan.gov.my Sistem Pentadbiran Perancangan Bandar